Lelaki Upah Bunuh Isteri Kerana Ingin Kahwin Lagi

Lelaki Upah Bunuh Isteri Kerana Ingin Kahwin Lagi. Hanya kerana gagal mendapat kebenaran untuk berkahwin seorang lagi, seorang lelaki sanggup mengupah

Lelaki Upah Bunuh Isteri Kerana Ingin Kahwin Lagi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu kisah yang agak mengejutkan berlaku di India. Jom baca!

Hanya kerana gagal mendapat kebenaran untuk berkahwin seorang lagi, seorang lelaki sanggup mengupah dua lelaki membunuh isterinya.

Lelaki yang berasal dari Arab Saudi yang dikenali sebagai Samir Shaikh dikatakan telah mengupah Ismail Sheikh,28 dan Jamir Shaikh, 19 untuk melakukan jenayah itu.

Pada siasatan awal, polis hanya mengesyaki Samir tetapi akhirnya membawa kepada penglibatan Ismail dan Jamir.

Sebaik diberkas, kedua-duanya mengaku melakukan jenayah itu.

Menurut Pegawai Penyiasat Kanan Polis Mumbai, Inspektor Mankhurd SG Rajput, Ismail telah membuat pinjaman wang daripada suami mangsa sebanyak Rs10,000 (RM520).

“Suspek (Ismail) berkata, Samir telah mengambil pasport dan dokumen peribadi lain sebagai jaminan dan berjanji untuk mengembalikannya selepas kerjanya selesai.

“Ismail juga mendakwa, Samir akan melunaskan hutangnya sekiranya dia membunuh isterinya, Sufiya dan berjanji membayar upah Rs35,000 (RM1,800) untuk pembunuhan itu.

“Ismail berkata, dia bertemu Samir ketika lelaki itu pertama kali datang dari Arab Saudi sebulan setengah yang lalu .

“Samir meminta tolong kepadanya untuk menghapuskan Sufiya . Tarikan kepada tawaran ini bukan hanya kepada pengecualian daripada melunaskan pinjaman, tetapi juga wang upah, ” kata Rajput.

Dalam kejadian pagi Selasa lalu, sebaik anak lelaki Sufiya yang berusia 14 tahun pergi ke sekolah, Ismail dan Jamir pergi ke tingkat lima rumah pangsa mangsa di Lallubhai Compound.

Lebih menyedihkan, sebaik ditikam beberapa kali di badan mangsa, Ismail kemudiannya membakar wanita yang berusia 35 tahun itu.

Selepas membunuh mangsa, kedua-dua suspek segera meninggalkan lokasi jenayah.

Namun, hasil siasatan, polis mendapati terdapat beberapa rekod panggilan telah dibuat suspek kepada mangsa pada hari kejadian.

Ismail dilaporkan menghubungi Sufiya dan datang melawatnya kira-kira tiga atau empat kali sebelum ini. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments