Lelaki Simpan Mayat Isteri Lebih Daripada Satu Dekad

simpan mayat, mayat dalam peti sejuk, mayat, rahsia kematian

Lelaki Simpan Mayat Isteri Lebih Daripada Satu Dekad | Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Tetiba Teacher Muja terasa ingin bercerita tentang wang yang boleh buat manusia menjadi gila. Tidak kusangka masih ada yang sanggup mempergunakan mayat isteri sendiri untuk kepentingan dunia dan wang. Moga kita terlindung daripada manusia sebegini. Amiin.

Sun City Center, Florida – Apabila Allan Dunn yang berusia 86 tahun membunuh diri, rakan kakaknya membuat permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk memasuki kondominium Dunn di Sun City Center, sebuah pusat persaraan untuk mengumpul barang-barang beliau. Sepuluh bulan kemudian, permohonannya telah diluluskan dan dia telah mendapatkan kebenaran untuk memasuki rumah persaraan itu.

Apabila dia pergi ke rumah persaraan untuk mengumpul barang-barang lama Dunn, dia telah menemui sesuatu yang mengejutkan; sebuat peti sejuk beku yang mengandungi mayat isterinya yang sudah sedekad lamanya di anjung.

Penyiasat spekulasi bahawa dia telah menyimpan rahsia kematian isterinya lebih sedekad supaya dia boleh mengumpul faedah daripada kematian tersebut. Selama ini, jiran-jiran beliau selalu tertanya-tanya kemana perginya isteri beliau, tetapi sentiasa diberitahu oleh Dunn bahawa dia berada di rumah penjagaan di suatu tempat.

Bayangkanlah betapa kejamnya manusia zaman sekarang. Sanggup menggunakan mayat pasangan sendiri demi mendapatkan wang. Mana sisi kebaikan padanya? Kalau dalam Islam, mayat dikatakan sangat terseksa sepanjang masa sebelum dikebumikan. Alangkah terseksanya jasad wanita tersebut. Moga kita terpelihara daripada kejahilan seperti ini. Amiin.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments