Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung

image2.jpg

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulungAssalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini Luna ingin kongsikan satu artikel mngenai perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap anak sulungnya. Berita ini dipetik dari artikel di Sinar Harian beberapa hari yang lalu. Seorang bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya sendiri. Dalam pada masa yang sama dan si bapa mengaku tidak bersalah atas perbuatannya itu. Kejadian ini amat memalukan dan diharapkan semua lapisan masyarakat dapat menjadikan kisah ini sebagai iktibar. Mari ikuti berita penuh.

———————————————————————————————————————————————————–

images

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.

Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Nota Luna Nana : Diharapkan orang ramai menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran. Nasihat kepada kaum hawa , berhati-hatilah dengan manusia yang bertopengkan syaitan seperti ini. Siapkan lah diri anda dengan seni mempertahankan diri. Bagi kanak-kanak perempuan mereka boleh mempelajari seni mempertahankan diri di sekolah mereka seperti taekwando dan juga silat. Bagi kaum Adam awasilah dan sayangilah ibu, kakak dan adik perempuan kamu. Lindungilah mereka daripada ancaman sebegini. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara sebegini. InsyaAllah.Semoga pesalah mendapat hukuman yang setimpal.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

4 thoughts on “Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak sulung”

  1. JOBS VIEW says:

    Dunia akhir zaman..Tergamaknya..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Hong Leong Bank Berhad [UPDATE 20OCT2013]My Profile

  2. kucinghitam says:

    mana la ada manusia yg buat salah nak mengaku salah

  3. Abdul Hafiz says:

    Kenapa hanya dipenjara? Kalau dia betul2 bersalah. Maka hukumlah dia dengan cara yang setimpal untuknya.
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge