Lelaki Maut Dihempap Pokok Kelapa. Innalillah

Lelaki Maut Dihempap Pokok Kelapa. Innalillah. Seorang lelaki maut selepas ditimpa pokok kelapa dalam kejadian di Kampung Bukit Kechik,

Lelaki Maut Dihempap Pokok Kelapa. Innalillah | KOTA BHARU – Seorang lelaki maut dihempap pokok kelapa dalam kejadian di Kampung Bukit Kechik, Bukit Marak, di sini, tengah hari kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori cedera parah di kepala, dihempap pokok tersebut yang tumbang di atas badannya sejurus selepas ditebang dua pekerja di kawasan terbabit.

Mangsa, Tuan Ahmad Kamal Azlan Tuan Man, 33, berasal dari Kampung Padang Bemban, Mahligai, Bachok, di sini, dipercayai masuk ke dalam kawasan kebun berkenaan, yang dibersihkan dua pekerja di kawasan itu untuk projek tanam semula.

Namun, malang tidak berbau apabila kehadiran mangsa yang dipercayai membawa setandan pisang masuk ke kawasan terbabit tidak disedari pekerja di situ dan pokok yang ditebang jatuh menghempap badan mangsa.

Saksi kejadian, Satifah Yakob, 48, berkata, sebelum kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari, dia sedang berehat di beranda rumah sebelum memulakan tugas memasak di dapur untuk menyediakan hidangan makan tengah hari.

“Saya terkejut apabila mendengar bunyi bising di kawasan pekerja yang melakukan penebangan pokok, terletak hanya 50 meter dari rumah.

“Apabila saya menghampiri kawasan tersebut, saya lihat seorang lelaki ditimpa pokok kelapa yang kebetulan ditebang oleh pekerja di kawasan itu dan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita.

Satifah berkata, beberapa pekerja di situ segera menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

“Sebak melihat keadaan mangsa yang maut dalam keadaan sedemikian, malah lebih menyayat hati apabila saya juga lihat keluarganya termasuk isteri dan anak turut datang melihat keadaan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian berlaku begitu pantas apabila salah seorang pekerja ternampak mangsa lalu di kawasan terbabit, namun tidak sempat mengarahkan mangsa keluar dari lokasi itu sehingga menyebabkan mangsa ditimpa pokok kelapa yang baru sahaja ditebang.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II( HRPZII) untuk bedah siasat dan melalui hasil diperolehi, kematian mangsa adalah disebabkan ‘Brain Injury’ (pecah tempurung kepala).

“Jenazah mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian dan hasil siasatan yang dijalankan tiada sebarang unsur jenayah. Kita klasifikasikan kematiannya sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments