‘Lelaki Gajah’ India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan

'Lelaki Gajah' India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan

‘Lelaki Gajah’ India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan | Baru-baru ini, kecoh di India apabila gambar-gambar seorang lelaki yang berwajah hodoh seakan gajah di paparkan di Internet. Mengucap panjang Zyra bila tengok gambar-gambar lelaki tersebut. Insaf seketika, pasti ada hikmah pada setiap ciptaan-Nya, siapalah kita untuk mempertikaikan ciptaan Yang Maha Esa.

Bagaimana pun, ‘lelaki gajah’ tersebut telah menolak peluang untuk mendapat wajah yang baru supaya dia dapat membayar untuk perkahwinan anak perempuannya. Mannan Mondal, yang juga dikenali sebagai ‘lelaki cair’ dari Delhi, enggan melakukan pembedahan rekonstruktif radikal supaya dia dapat terus meminta sedekah. Lelaki berusia 50 tahun itu, yang menderita akibat neurofibromatosis – yang bermakna dia akan mendapat risiko yang tinggi untuk mendapat tumor – bergantung kepada rupanya itu untuk mencari rezeki. Jadi dia menolak tawaran pakar bedah demi untuk mencari dana bagi perkahwinan anaknya, Rasheeda yang berusia 20 tahun.

“Saya perlu membeli banyak barang – katil, kabinet, cincin, jam tangan dan basikal untuk pengantin lelaki,” kata Mannan, yang kehilangan sebelah mata, dan sebelah telinga dan kebanyakan dari giginya. “Wang yang saya perolehi ketika meminta sedekah hanya cukup-cukup untuk memberi makan keluarga sahaja. Tetapi saya tak ada cara lain lagi untuk membantu anak saya. Saya harus terus begini. Saya perlu memikirkan tentang memberi makan keluarga saya dahulu.”

'Lelaki Gajah' India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan

Mannan dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di Kolkata, Barat Bengal, dan peluang yang sedia ada telah terhad. Tetapi dia semakin dijauhi orang ramai kerana rupa parasnya itu dan telah diharamkan dari sekolah – membuatkan dia meminta sedekah kerana hanya itu satu-satunya pilihan yang dia ada. Walaupun rupanya yang begitu, dia telah menemui cinta dan kini mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan untuk disara.

Dia merantau ke seluruh India meminta sedekah di kawasan-kawasan suci, mendapat kira-kira £5 sehari untuk dikirimkan kepada keluarga tersayang. Tiada seorang pun anaknya yang mewarisi keadaannya itu. Kata Mannan: Keadaan saya begini sejak lahir. Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan mempunyai pilihan yang terhad. Semasa saya masih muda, semua kecacatan ini adalah lebih kecil tetapi ia semakin membesar ekoran pertambahan usia. Orang di sekeliling saya tidak melayan saya dengan baik. Mereka jijik dengan saya dan tidak sukakakan saya. Inilah yang perlu saya hadapi selama bertahun-tahun.”

“Saya telah belajar untuk menguruskan semua ini. Sebagai contoh, saya tidak menggunakan berus gigi, senaliknya hanya menggunakan jari kerana saya hanya mempunyai empat batang gigi sahaja. Saya tidak mempunyai tempat tinggal. Saya tinggal di jalanan, di bawah khemah-khemah yang terdapat di laluan pejalan kaki dan saya tidak mempunyai wang untuk membeli tanah atau rumah.

'Lelaki Gajah' India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan

“Tetapi isteri dan keluarga saya sangat menyokong. Mereka sering memberitahu saya bahawa keadaan saya ini adalah ciptaan Tuhan. Kita sebagai manusia tidak mempunyai kuasa untuk mengelaknya.” Mannan baru sahaja menemui doktor mengenai pertumbuhannya itu dan telah diberitahu bahawa ia bukan sejenis barah atau penyakit yang dapat memendekkan usia. Tetapi hanya bulan lepas dia telah diberi penerangan yang menyeluruh oleh Dr. Ajay Kashyap, pengarah Pembedah Plastik dari Fortis Memorial Research Institute, di Gurgaon.

Beliau telah mendapati Mannan menderitai penyakit dari jenis neurofibromatosis, satu keadaan genetik yang menyebabkab pertumbuhan yang tidak terkawal di sepanjang saraf. Keadaan tersebut telah menjadi tajuk utama apabila seorang lelaki Itali yang berusia 53 tahun, Vinicio Riva – yang turut menderitai keadaan yang serupa – telah dicium oleh Pope Francis di Vatican pada tahun lepas.

Menurut Dr. Kashyap: “Ketumbuhan Mannan itu tidak merbahaya, ia bukan sejenis kanser. Ia juga tidak akan memendekkan jangka hayat Mannan. Akan tetapi tulangnya tidak tumbuh dengan baik pada sebelah mukanya jadi dia tidak pempunyai sokongan dan keadaan inilah yang menyebabkan ketumbuhannya itu menggelebeh ke bawah. Untuk membina semula wajahnya kami perlu membuang ketumbuhan tersebut sebanyak mungkin. Selepas itu, kami perlu membina semula bahagian-bahagian penting yang tidak terdapat pada wajahnya.”

'Lelaki Gajah' India Menolak Tawaran Untuk Lakukan Pembedahan

“Kami boleh memberi dia mulut yang baru, beberapa jenis soket mata dan beberapa sokongan tulang muka untuk menjadikan penampilannya senormal mungkin. Tetapi walaupun selepas prosedur tersebut, dia tidak akan menjadi normal 100%. Matlamat utama saya adalah untuk memberinya sedikit keselesaan dan untuk membuatkan dia dan anak-anaknya merasakan dia seperti manusia normal.

Ia sesuatu yang mengejutkan apabila Mannan tidak mengambil peluang tersebut – dan memilih untuk terus meminta sedekah. Dia merasakan bahawa kerjayanya itu adalah pilihan tunggal untuk mendapatkan wang yang mencukupi bagi menyara kehidupan kelurganya. “Jika terdapat pilihan untuk menjadi baik tanpa perlu membayarnya, sudah tentu saya akan menerimanya,” kata Mannan. “Tapi bukan sekarang. Saya perlu fikirkan tentang perkahwinan anak saya. Saya perlu pulang ke rumah, berbincang dengan keluarga sebelum membuat keputusan. Tetapi mencari rezeki untuk keluarga saya adalah perkara utama.”

Ketika ubatan moden akhirnya dapat menawarkan peluang untuk mendapatkan wajah baru buat Mannan – dan kehidupan baru – ia mungkin sudah terlambat buat dirinya. Dan hari ini, seperti hari-harinya yang lain, dia akan sekali lagi merayau di jalanan, menjalankan tanggunjawabnya untuk keluarga.

Sedihnya bacak kisah Mannan kan? Zyra harap ada pihak-pihak korporat yang sudi menyumbang untuk pembedahnnya nanti. Rasa tak puas hati betul dengan pengantin lelaki tu, demand macam-macam! Tapi nak buat macamana, itulah realitinya di India. Si lelaki pun apa lagi, ambik kesempatan lah kan? :3

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments