Lelaki Bujang Dan Kaya Iklankan Cari Jodoh Di Cermin Belakang Kereta

cari jodoh

Lelaki Bujang Dan Kaya Iklankan Cari Jodoh Di Cermin Belakang Kereta | Assalmmualaikum. Cari jodoh dengan meletakkan iklan di belakang kereta? Itu yang Fyna baca artikel ini. Terdapat pelbagai cara yang akan dilakukan untuk mencari jodohkan. Usaha tangga kejayaan. Tidak salah untuk mencuba. Itu yang dilakukan oleh Alexander Gorbunov.

Orang kata jika sudah terdesak cari jodoh atau pasangan hidup macam-macam sanggup dilakukan. Tak terkecuali lelaki ini yang menggunakan cara unik dan luar biasa untuk cari jodoh. Lelaki bernama Alexander Gorbunov berasal dari Florida, Amerika Syarikat dan mahu mencari pasangan hidup. Dia ingin mendapatkan isteri sehingga menampal sebuah iklan di belakang keretanya. Iklan tersebut tertulis “Looking for a wife”.

lelaki kaya

Untuk pengetahuan anda, Alexander menampal papan iklan di belakang kereta BMW miliknya malah dia juga turut tampal di kereta lain iaitu Hammer. Menurut Alexander, cara ini boleh dikatakan sangat berjaya dan berkesan. Hal ini kerana, dia berjaya menerima kira-kira 500 mesej dan 250 panggilan telefon dalam sehari. Yang menariknya, panggilan telefon tersebut tidak hanya datang dari Amerika tetapi datang dari negara lain juga seperti Perancis, Kepulauan Caribbean, Jamaica, Brazil, Switzerland, Finland, dan banyak lagi.

Menurutnya lagi, dia sudah empat tahun lamanya mencari pasangan hidup namun tidak juga berjaya, semua cara sudah dilaluinya – laman mencari jodoh di internet juga sudah dicubanya namun dia merasakan dia lebih suka bertemu dan mengenali calon secara depan. Walaubagaimanapun, dia juga sangat memilih, dia tidak akan melayani telefon dan mesej sesiapa yang hanya ingin bertanya perihal harta miliknya.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments