Latifah Omar Meninggal Dunia – Al-Fatihah Buat Seniwati Negara

Latifah Omar Meninggal Dunia

Masih belum lega kesedihan rakyat Malaysia dan Singapura dengan kehilangan seniman yang disegani, S. Shamsuddin beberapa hari lalu, petang tadi lebih kurang jam 6:30 (9 Jun 2013) pula Seniwati Latifah Omar yang kini berusia 74 tahun pula telah kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Rapi, HUKM.

Allayarhamah Latifah Omar dimasukkan ke pusat rawatan tersebut minggu lalu akibat kanser usus yang serius. Mungkin anak-anak muda hari ini kurang mengenali beliau tetapi namanya sentiasa segar sebagai salah seorang seniwati paling berpengaruh hingga ke hari ini buat mereka yang mengikuti filem-filem lakonan beliau yang sering sahaja digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad. Siapalah yang tidak ingat akan lagu “Bondaku Si Ikan Kaloi” kan? Beliau juga adalah pelakon yang tercantik di zaman perfileman kita dahulu.

Antara filem yang mengangkat namanya termasuklah Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang.

Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Latifah Omar. Semogaa Allayarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Sumber – OhArtis

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Latifah Omar Meninggal Dunia – Al-Fatihah Buat Seniwati Negara”

  1. Yana Sakura says:

    Al-Fatihah.semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan solehah.InsyaAllah.Amin..
    Yana Sakura recently posted…Segmen Button RunningmanMy Profile

  2. sayidah says:

    lawanya beliau masa muda dahulu.
    al-fatihah
    sayidah recently posted…IT’S ALL ABOUT .. ROKOK !My Profile

  3. Yan Ty says:

    Salam takziah buat keluarga beliau. Al-Fatihah.

  4. Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat… aku teka mak aku tengok dia berlakon tu kot sbb aku ada tahi lalat mcm dia 🙂

  5. Dan takziah jugak pada arwah pak sudin satu kehilangan besar aku rasa ==’

  6. shakirah says:

    Harap admin akan membuang gambar arwah Latifah Omar yg tidak menutup aurat.Kerana kita tidak tahu apa yg sedang dihadapi arwah sekiranya auratnya masih terdedah walupun telah meninggal dunia.Wassalam

    1. Dr Fuh says:

      terima kasih atas peringatan..saya dah buang dah gambar2 beliau tidak menutup aurat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge