Laporan Audit Negara: PDRM Hilang RM1.33 Juta Aset Termasuk Gari, Pistol Dan Kenderaan

61380607625_295x200.jpg

Laporan Audit Negara: PDRM Hilang RM1.33 Juta Aset Termasuk Gari, Pistol Dan Kenderaan | Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012.

Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan.

Laporan audit itu juga mendapati kelemahan dalam pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat PDRM dan tiga ibu pejabat polis kontinjen yang disemak di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Antara kelemahan itu ialah kelewatan mengesan kehilangan dan seterusnya membuat laporan dan menjalankan siasatan serta kelewatan mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan.

Ketua jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab perlu membuat laporan polis berhubung kehilangan sesuatu aset dalam masa 24 jam. Bagaimanapun, semakan audit Jabatan Audit Negara mendapati 19 kes dilaporkan antara 2 hingga 241 hari daripada tarikh kehilangan.

Semakan audit itu turut mendapati pegawai yang bertanggungjawab telah lewat menyediakan laporan awal dan dalam sesetengah kes sehingga lebih tiga tahun.

Laporan audit itu juga memberikan dua contoh kes kehilangan senjata api dan peluru pada 23 Mac 1980 dan 12 Disember 2002 di IPK Johor yang laporan awal oleh ketua jabatannya hanya disediakan pada 9 Oktober 2010.

Sementara itu, laporan audit itu juga mendapati tidak ada tempat penyimpanan selamat bagi aset dan ruang penyimpanan terhad atau sempit.

Susulan audit berkenaan, PDRM dalam maklum balasnya kepada Ketua Audit Negara memaklumkan ia akan mewujudkan satu sistem pemantauan yang lebih cekap dan berkesan.

Ia juga akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti kelemahan dan memberi cadangan penambahbaikan proses menyiasat kehilangan aset termasuk tindakan disiplin terhadap mereka yang cuai.

Menurut laporan itu juga, pihak pengurusan PDRM dalam satu mesyuarat pada 16 Mei 2013 telah memutuskan satu prosedur operasi piawai (SOP) disiapkan bagi menggariskan panduan menguruskan kehilangan aset. SOP itu dijangka siap pada akhir tahun ini.

PDRM juga memaklumkan kelewatan proses hapus kira kehilangan aset itu juga berlaku kerana kurang pengetahuan dan kesedaran di kalangan pegawai dan anggota pasukan itu mengenai tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kehilangan aset alih kerajaan.

Untuk itu, ia telah mengambil tindakan menambah pengetahuan dan kesedaran pasukan mengenai tindakan yang perlu dilakukan serta menggariskan sistem kerja yang betul bagi mengelak kejadian berulang.

Astroawani

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Laporan Audit Negara: PDRM Hilang RM1.33 Juta Aset Termasuk Gari, Pistol Dan Kenderaan”

  1. idatimalek says:

    mana pegi benda2 tu semua
    idatimalek recently posted…Doakan Zulfahmi sembuh cepat 😉My Profile

  2. kenapa lambat di kesan? siapa sepatutnya menjaga?? macam mana boleh hilang? Polis kena siasat polis.. kekekekeke
    lekatlekitgurl recently posted…AWAS WANITA! MEMANDU BOLEH ROSAKKAN OVARIMy Profile

  3. kucinghitam says:

    banyak sangat penyelewengan dlm jabatan polis mcmana nak kontrol jenayah kat luar

  4. amir zahari says:

    Yang seleweng tak semua.. ada je polis yg berdedikasi.. cuma mungkin tang pengetahuan tu langsung xde penekanan..
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  5. AmanMatNor says:

    Misteri ni sape nak jawab~~~~~~~takkan ghaib cmtu jer?
    AmanMatNor recently posted…[COOL] Cara Buat Perangkap NyamukMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge