Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya DiDunia Di Lereng Gunung

Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya DiDunia Di Lereng Gunung

Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya DiDunia Di Lereng Gunung | Sebuah landasan kapal terbang yang terletak di Lukla, Nepal menjadi salah satu landasan kapal terbang yang paling berbahaya di dunia. Walaupun landasan kapal terbang Tenzing Hillary paling berbahaya, tetapi landasan kapal terbang ini juga merupakan lapangan terbang paling sibuk di Nepal.

Lukla adalah pintu gerbang ke Himalaya, sehinggakan landasan kapal terbang Tenzing Hillary sangat berbahaya tidak melunturkan niat para pendaki gunung yang cuba menakluki gunung tertinggi di dunia tersebut.

Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya DiDunia Di Lereng Gunung2

Landasan kapal terbang ini berada dikawasan pemukiman penduduk dan dibina dari sisi gunung. Landasan kapal terbang Tenzing Hillary ini dibina oleh Sir Edmund Hillary pada 1965 lalu, selepas dia menjadi orang pertama yang menakluk Gunung Everest.

Salah satu lapangan terbang tersibuk di Nepal ini telah banyak jiwa yang terkorban, seperti yang terjadi kepada pesawat Royal Nepal Airlines DHC-6 yang jatuh pada 1973 dan 1991.

Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya DiDunia Di Lereng Gunung3 Landasan Kapal Terbang Paling Bahaya DiDunia Di Lereng Gunung4

Kemudian pesawat Yeti Airlines Twin Otter jatuh dan mengorbankan tiga anak kapalnya pada 2004. Namun, kemalangan terburuk yang pernah berlaku pada Oktober 2008 ketika Syarikat Twin Otter mendarat dalam cuaca berkabus dan terbakar, sehingga mengorbankan 18 penumpang.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments