Laici Kang Bagus Untuk Kesihatan

Laici Kang Bagus Untuk Kesihatan

Laici Kang Bagus Untuk Kesihatan | Laici Kang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu petang bukan. Tetapi tahukah anda bahawa Laici Kang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan? Jika anda tidak tahu di sini Fyna ingin berkongsi dengan anda beberapa khasiat yang anda boleh peroleh dengan menikmati Laici Kang.

Khasiat barli
Menurut satu kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa serat daripada barli sangat efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Khasiat buah kembang semangkuk
Buah kembang semangkuk paling popular dijadikan bahan dalam minuman Laici Kang dan airbatu campur. Scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum menghasilkan jeli yang terbaik dalam spesis scapium. Buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, masalah kulit, sakit mata, sakit gigi, kecacingan di kalangan kanak-kanak dan cirit birit.

Kulit pokok kembang semangkuk bersama herba yang lain direbus dan diminum boleh merawat disenteri dan pendarahan rahim. Meminum air rebusan ini juga boleh menolong melawaskan pembuangan air kecil.

Gabungan bahan-bahan ni di dalam air Laici Kang mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Cara membuatnya juga sangat mudah. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah dan jadikannya sebagai amalan minuman anda. Selamat mencuba!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments