Lagi Kes Tembak. Kali Ini Di Ipoh

Kes-Tembak1.jpg

Lagi Kes Tembak. Kali Ini Di Ipoh | IPOH – Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

“Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar ‘full face‘ semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. – Bernama

Utusan

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Lagi Kes Tembak. Kali Ini Di Ipoh”

  1. Daxx says:

    Bersyukurlah Malaysia masih aman. Kikiki
    Daxx recently posted…Renungan: Disebalik AidilfitriMy Profile

  2. kucinghitam says:

    yup malaysia masih aman damai
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  3. amir zahari says:

    Musim tembak sana tembak sini sekarang.. ramai dh tukar profession jadi pembunuh upahan kot.. tak pun ada license to kill..
    amir zahari recently posted…Garfield Tersangkut Di Lubang PintuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge