Kucing Selamatkan Budak Daripada Anjing Ganas

Kucing Selamatkan Budak Daripada Anjing Ganas

Kucing Selamatkan Budak Daripada Anjing Ganas  | Tindakan pantas seekor kucing peliharaan keluarga Triantafilo di California telah berjaya menyelamatkan anak lelaki mereka daripada serangan ganas seekor anjing, semalam.

Rakaman kamera pengawasan pada awalnya menunjukkan Jeremy, 4, sedang bermain basikal di hadapan kawasan rumahnya sebelum kelibat seekor anjing dilihat muncul dari sebelah kereta. Anjing tersebut tiba-tiba menerpa ke arah kanak-kanak itu dan menggigit kakinya hingga terjatuh.

Dengan pantas, kucing yang bernama Tara itu meluru dan menghalang serta menghalau anjing itu daripada terus menyerang Jeremy. Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa menerima beberapa jahitan.

“Saya tidak pernah melihat kucing melakukannya.

Ia menunjukkan Tara memiliki semangat kekeluargaan dalam pemikirannya,” ujar ayah Jeremy, Roger

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments