Fuh! Kucing Berhenti Berburu Semenjak 5000 Tahun

kucing gemuk

Fuh! Kucing Berhenti Memburu Semenjak 5000 Tahun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Teacher Muja sangat menyukai kucing walaupun kadang kala mereka sangat menyakitkan hati. Tak boleh dinafikan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW ini sangat menghiburkan.

Sebenarnya, sejak bila golongan kucing menjadi binatang peliharaan manusia? Kajian arkeologi menemui golongan kucing liar pertama yang berhenti berburu untuk kelangsungan hidup dengan meminta-minta dengan manusia. Manusia pula sangat baik hati untuk menurut. Yelah, dorang comelkan?

kucing gemuk

Para saintis mengatakan yang mereka telah menemui bukti pertama bahawa kucing telah hidup bersama-sama dengan manusia sejak 5000 tahun yang lalu. Mereka juga menyatakan yang kucing telah diberi makan dengan berlebihan oleh manusia dalam tempoh masa yang sama.

Sebuah penggalian arkeologi di kampung pertanian Cina kuno di Quanhucun telah menemukan tinggalan bangkai manusia, kucing, khinzir, arnab dan rusa yang tinggal sebelah menyebelah pada suatu masa dalam tempoh 5,300 tahun yang lalu.

Setelah menganalisa tinggalan kimia di dalam bangkai yang ditemui di tapak penggalian itu, para saintis mendapat tahu yang kucing telah memburu binatang lain di ladang tumbuhan yang berkemungkinan adalah binatang yang mengunggis seperti arnab dan tikus.

Terdapat juga bukti yang manusia mengalami masalah dengan kehadiran tikus apabila wujudnya terowong yang menuju ke sebuah lubang penyimpanan dan kawasan tanaman yang menjadi bukti kewujudan binatang menggugis.

Sebahagian kucing yang ditemui mempunyai kuantiti tumbuhan melebihi diet mereka, yang menunjukkan bahawa mereka telah diberi makan oleh manusia. Penemuan penggalian oleh Universiti Washington itu diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences.

Kajian susulan dilakukan berpengkalan di China dan Perancis untuk mengambil tahu di mana kucing yang terlibat adalah keturunan Near Eastern Wildcat (Kucing Liar Berdekatan Timur), yang dipercayai adalah nenek moyang lebih daripada 600 juta kucing domestik yang hidup di serata dunia di masa kini.

Menarik betul mengetahui tentang kucing kesayangan Rasulullah kita ni. Macam manalah mereka boleh mengambil hati manusia semenjak 5000 tahun. Sampai sekarang ramai sangat orang yang menyayangi kucing ini termasuklah Teacher Muja sendiri. Ahaks! Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments