Kronologi : Kes Pukul Anak Suami Isteri Ditahan Di Sweden

Kronologi Kes Pukul Anak Suami Isteri Ditahan Di Sweden

Kronologi : Kes Pukul Anak Suami Isteri Ditahan Di Sweden | Satu pasangan Malaysia iaitu Pengarah Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Nurshal ditahan pihak berkuasa Sweden kerana disyaki menghukum anak mereka dengan memukul tangannya.

18 Disember 2013

Satu pasangan Malaysia iaitu Pengarah Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Nurshal ditahan pihak berkuasa Sweden kerana disyaki menghukum anak mereka dengan memukul tangannya.

Kedua-duanya menghukum anak mereka kerana enggan menunaikan solat. Bagaimanapun, perbuatan itu melanggar undang-undang ketat perlindungan kanak-kanak yang melarang hukuman berbentuk fizikal biarpun kepada anak sendiri.

16 Januari 2014

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan kisah penahanan Azizul Raheem dan Shalwati. Pihak Wisma Putra komited akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Ketika itu, anak pasangan Malaysia itu diletakkan di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat di Stockholm sementara menunggu kes ibu bapa mereka selesai di mahkamah.

19 Januari 2014

Anak sulung pasangan Azizul Raheem dan Shalwati, Aisyah mendedahkan bahawa adiknya Adam dimarahi keluarga angkat yang menjaga mereka kerana minuman Fanta melalui status di Facebooknya.

Kronologi Kes Pukul Anak Suami Isteri Ditahan Di Sweden2
Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat bukan Islam itu malahan sudah berkali-kali.

Aisyah ketika dihubungi media Malaysia berkata adiknya, Adam merupakan anak ketiga mempunyai masalah sukar memahami arahan disebabkan penyakit Dyslexia selain kurang fasih berbahasa Inggeris.

20 Januari 2014

Wakil keluarga pasangan Azizul Raheem dari Malaysia tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa Sweden yang enggan membenarkan mereka berjumpa pasangan suami isteri berkenaan selepas ditahan pada 18 Disember lepas.

Sumber yang tidah mahu didedahkan identitinya berkata beliau dan anggota keluarga lain cuba untuk menemui pasangan itu namun tidak dibenarkan.

““Dia ditahan reman di penjara sejak 18 Disember 2013 sementara menunggu siasatan, begitu juga dengan suaminya. (Pada mulanya) pendengaran reman ditetapkan pada 2 Januari 2014 menerusi televisyen jadi kami tidak dapat menemui dia dan suami di penjara berasingan.

“Pendengaran reman ditangguhkan pula kepada 16 Januari, selepas itu ditangguhkan lagi selama dua minggu (akhir bulan Januari),” katanya.

21 Januari 2014

Pihak berkuasa Sweden memberi layanan yang baik kepada pasangan Malaysia yang ditahan di penjara negara itu kerana didakwa memukul tangan anak mereka kerana enggan bersolat.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umnp Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata perkara itu dimaklumkan Duta Besar Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman. Menurut beliau, pasangan itu turut diberi kelengkapan untuk menunaikan solat seperti sejadah sejak mereka ditahan 18 Disember lepas.

Selain itu, Pergerakan Wanita Umno menggesa kerajaan Malaysia menghantar wakil rasmi bagi memantau perkembangan kes pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kehadiran wakil rasmi kerajaan itu penting bagi memastikan keluarga tersebut mendapat pembelaan sewajarnya memandangkan kes itu telah berlarutan kira-kira sebulan.

23 Januari 2014

Seorang wartawan Joe Lee memulakan kempem menuntut pembebasan Azizul Raheem dan isterinya melalui Twitter dengan menggunakan hashtag #SwedenLetThemGo. Usaha Joe Lee mendapat sokongan dari ramai rakyat Malaysia yang prihatin apabila kes melibatkan pasangan itu menyebabkan anak mereka terpisah.

Kesan penyebaran #SwedenLetThemGo itu, laman web antarabangsa terkenal Buzzfeed dan BBC News memberikan liputan tentang perkara itu.

Kronologi Kes Pukul Anak Suami Isteri Ditahan Di Sweden3

Recently Updated23

Kerajaan Malaysia juga mahu empat orang anak Azizul Raheem dan Norshal diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat Islam dari Malaysia dan ia adalah menjadi satu keutamaan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan Rabu lepas berkata keutamaan segera ketika ini ialah memindahkan penjagaan anak pasangan Malaysia itu dari keluarga angkat tempatan kepada keluarga Islam Malaysia.

25 Januari 2014

Pasukan Khas dari Pergerakan Pemuda Umno tiba di Stockholm untuk membantu empat kanak-kanak yang terpisah dengan ibu bapa mereka setelah ditahan pihak berkuasa Sweden.

Pasukan itu diketuai Sheikh Nafiq yang tiba di Terminal Lapangan Terbang Arlanda pada pukul 12.30 waktu tempatan Sabtu lepas.

28 Januari 2014

Isteri Azizul Raheem, Shalwati gembira kerana mengetahui beliau mendapat sokongan dari rakyat Malaysia, demikian dimaklumkan oleh peguam belanya Kristofer Stahre.

29 Januari 2014

Hakim Besar Mahkamah Daerah Solna Mari Heidenborg berkata tempoh tahanan reman di Sweden tidak ada had tetapi dalam kebanyakan kes tempohnya antara satu hingga dua bulan.

Pasangan Malaysia Azizul Raheem Awaluddin yang juga Pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya Shalwati Norshal ditahan pihak berkuasa Sweden kerana disyaki memukul tangan anak mereka yang enggan menunaikan solat sekaligus melanggar peraturan di negara Sweden.

Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna untuk melanjutkan tempoh tahanan bagi Aziul Raheem selama 11 hari lagi sehingga 10 Februari depan bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

31 Januari 2014

Hari ini, empat anak pasangan Malaysia yang ditahan kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm.

Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Disember lepas.
Empat beradik itu, yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara mereka.

Tengahari tadi, keempat-empat anak pasangan Malaysia berkenaan sudah pun berlepas pulang ke Malaysia dengan pesawat pada pukul 6.30 pagi waktu Sweden.

Aishah Azizul Raheem, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7 berlepas pulang bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok, kata Hamzah ketika dihubungi sebelum berlepas.

Kesemua anak itu kini diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia mereka yang baharu. –

sumber : IBNU K/Mynewshub.my

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments