Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

kronologi-kes-pembunuhan-Datuk-Sosilawati-Lawiya-Fuh.jpg

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya | SHAH ALAMKes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat dan mendapat liputan meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba dipenghujung pada bulan Mei yang lepas

Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mendapati mereka bersalah melakukan perbuatan itu.

Pathmanabhan bersama T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa membacakan keputusannya, menyifatkansiasatan polis dalam kes itu ‘bertaraf dunia’, dan kejayaan menyelesaikan kesberkenaan dalam tempoh tidak sampai dua tahun adalah hasil kerjasama baik yangditerima daripada pendakwaan serta pembelaan yang turut disifatkan beliausebagai ‘bertaraf dunia’.

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati, hukuman gantung sampai mati, kes pembunuhan kejam, pembunuh datuk sosilawati, Kes jenayah Malaysia

30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddindilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.

6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakan Sosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan teres dua tingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.

11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorang peguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.

12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalam sungai berhampiran.

13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap U.Suresh dan K.Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.

21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjarakepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan itu.

4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkan bahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai dan ladang di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individu berkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia. Beliau juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran atau pendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjah celcius ke atas.

10 Nov 2011: Dr Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yangditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.

31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberi keterangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah padakayu kriket. Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamildi peroleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapasawit Sungai Arak, Banting.

30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matandan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie.

23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas keempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin. – Bernama

Sumber

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati, hukuman gantung sampai mati, kes pembunuhan kejam, pembunuh datuk sosilawati, Kes jenayah Malaysia

Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

17 thoughts on “Kronologi Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya”

  1. bukan nak racist tapi jenis keturunan ni kalau bunuh org memang kejam.. paling kejam sampai jadi abu. rasa macam kalau gantung dia sampai mati pun tak sekejam apa yang dia buat.
    lekatlekitgurl recently posted…INILAH ANAK DIANA DANIELLE & FARID KAMIL YANG SEBENARMy Profile

    1. Datin Tyka says:

      memang pembunuhan paling kejam..
      tak perlu la bakar.. macam mana perasaan anaknya
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  2. Daxx says:

    Sejak saya form 3 sampai sekarang tak hilang hilang kes pembunuhan ni.
    Daxx recently posted…Epic! Lukisan Potret Kartun Anime Pada Sawah Di Jepun + 8 GambarMy Profile

    1. kucinghitam says:

      motif nak ckp muda la hahaha
      kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

      1. Datin Tyka says:

        biar la dia perasan muda
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      hari hari pasti ada kes pembunuhan.. dimana mana pon la
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  3. Daxx says:

    By the way, justice will always win. Don’t worry everyone. lek lek semua. hehehe
    Daxx recently posted…Epic! Lukisan Potret Kartun Anime Pada Sawah Di Jepun + 8 GambarMy Profile

    1. kucinghitam says:

      soon or later but definitely
      kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

      1. Datin Tyka says:

        ni pon same sambung menyanyi plak
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      apa tetiba nyanyi
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  4. Bidadari says:

    Pembunuhan paling mengejutkan. Macam tak percaya sampai sekejam ini pembunuh tu bertindak. Masa mula-mula dilaporkan hilang, orang tak syak pun dia dibunuh. Bila dah beberapa hari terus keluar berita dah meninggal. Masa bulan puasa pula tu
    Bidadari recently posted…Telatah :Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyakMy Profile

    1. kucinghitam says:

      paria2 tu tau apa hati hitam
      kucinghitam recently posted…ANNE NGASRI MENGANDUNGMy Profile

      1. Datin Tyka says:

        tak baik kata paria… hormat tetap kena hormat
        Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

    2. Datin Tyka says:

      kejam sangat sampai bakar.. tak fikir langsung
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  5. syeela says:

    tahniah kepada PDRM

    1. Datin Tyka says:

      alhamdulillah mereka lakukan tanggungjawab dengan baik
      Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

  6. Datin Tyka says:

    alhamdulillah kes mereka da selesai.. semoga roh tenang di sana
    Datin Tyka recently posted…Jaga Sahabat Dengan BaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge