Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370 | – Pakar kotak hitam menunjukkan bagaimana mereka akan merungkai misteri jet yang hilang – Rekod penerbangan yang tenggelam selama 2 tahun masih boleh menyimpan data penting – Mikrochip yang rosak teruk juga masih mampu menyimpan klu

Kesemua ayat di atas mungkin akan memberi sedikit sinar harapan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar ingin mengetahui nasib pesawat MH370. Salah satu makmal kotak hitam yang terkemuka telah mendedahkan bagaimana pakar mendapatkan maklumat mengenai data penerbangan dan perakam suara, seperti yang terdapat dalam Pesawat MH370. Sangat sukar untuk menganggap rekod tersebut dapat dijumpai dalam kedalaman Lautan Hindi yang luas terbentang. Namun, jika misi mencari kotak hitam berjaya, maklumat yang terdapat didalamnya mungkin dapat menyelesaikan misteri mengapa pesawat tersebut terbang jauh dari sasarannya.

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Pakar dari National Transportation Safety Board Amerika Syarikat berkata bahawa walaupun perakam tersebut telah tenggelam dalam air yang dalam untuk satu tempoh yang lama, data selalunya masih boleh diperolehi. Kotak hitam, yang sebenarnya berwarna jingga, mengandungi perumah yang berbentuk segitiga untuk elektronik dan modul memori yang sangat keras yang menyimpan data.

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Kotak hitam juga mengandungi ‘pinger’ yang menghantar isyarat bagi memudahkan para penyelamat mencarinya. Walaupun bateri yang memberi kuasa kepada ‘pinger‘ itu habis dalam masa lebih kurang sebulan, data yang terkandung di dalamnya tidak mempunyai sebarang tempoh tamat.

Kotak hitam untuk pesawat Air France yang terhempas dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009 telah dijumpai dua tahun kemudian dalam kedalaman lebih daripada 10,000 kaki, dan pakar teknikal masih dapat memperoleh hampir semua maklumat yang tersimpan. Jika kotak hitam telah tenggelam di dalam air laut, pakar teknikal akan menenggelamkan kotak tersebut ke dalam air bersih untuk membersihkan hakisan garam.

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Oleh kerana air mungkin dapat memasuki perakam, ia harus dikeringkan dengan teliti selama beberapa jam atau beberapa hari dengan menggunakan vakum oven untuk mengelakkan cip-cip memori daripada merekah. Elektronik dan memori kemudiannya akan diperiksa, dan sebarang kerosakkan dibaiki. Cip akan diteliti di bawah mikroskop, walaupun ada cip yang merekah, data yang terdapat di dalamnya lazimnya akan ‘melompat’ ke dalam cip yang lain.

Data kemudiannya di muat turun ke dalam komputer. Rekod penerbangan dapat menampung 25 jam maklumat, termasuklah penerbangan yang berlaku pada masa yang sama, yang kadangkala memberi pembayang tentang apa yang menyebabkan kegagagalan mekanikal terhadap penerbangan yang seterusnya.

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Perakam suara mempunyai masa audio selama 2 jam, yang merakamkan suara kapten dan pengawai utama dan daripada mikrofon dari kawasan kokpit pesawat. Data yang didapati dari perakam penerbangan, yang terdapat dalam bentuk kod binari, akan diterjemahkan kepada altitud, tekanan udara, pergerakkan enjin, dan untuk memplotkan apa yang terjadi di atas pesawat tersebut.

Atas sebab privasi dan undang-undang, perakam tersebut tidak akan pernah dibawa keluar dari makmal, namun sebahagian dari transkrip mungkin akan diumumkan kepada orang ramai jika penyiasatan yang penuh telah dijalankan. Para teknikal akan menggunakan perpusatakaan bunyi bagi membantu mereka mengenalpasti bunyian dari perakam, mungkin bunyi bukaan pintu, pergerakan tempat duduk, letupan atau tembakan. Bunyi enjin dan alatan lain juga dapat membantu dalam menganalisis mekanikal pesawat.

Kotak Hitam: Pendedahan Yang Mungkin Merungkai Misteri MH370

Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments