Koleksi Tekai Teki Lawak Paling Lejen

Koleksi-Teka-Teki-Lawak.jpg

Koleksi Tekai Teki Lawak Paling Lejen | Bila baca teka teki teka teki bawah ni teringat pulak zaman kanak-kanak dulu main balas-balas teka teki. Kadang tu sampai bergaduh pon ada. Tapi gaduh budak-budak faham-faham jela. Ni Dr Fuh ada nak share teka teki lawak yang agak popular suatu ketika dahulu time Dr Fuh kecik-kecik. Time korang tak tau lah kan. Hehehe jom layan!

Koleksi Tekai Teki Lawak Paling Lejen

1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
– Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang aaa…

2) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?
– Misai

3) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
– Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen = 60 sen

4) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
– Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

5) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
– Penguin

6) Banyak² katak, katak apa yang boleh bercakap?
– Katakanlahhhhhh… (Hazami kot..hahaha)

7) Tersebutlah kisah, ada seorang wanita yang menamakan anaknya nama FATIMAH. Kenapa ?
– Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

8) Tempat apa ini… … peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
– Tempat Perkuburan… (serammm… heyyy maknusia..!!)

9) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. Apa dia?
– Lingkaran nyamuk Shieldtox

10) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
– Bahrain (sebab bah dulu, rain kemudian)

11) Macam mana nak pergi haji kalau duit takde?
– Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji… Renung²kan, selamat beramal~

Keh keh keh. Actually ada jugak teka-teki baru 2-3 ketul dalam tu, Dr Fuh amek dari blog rilek-rilek je semua ni. Hihi

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Koleksi Tekai Teki Lawak Paling Lejen”

  1. Atiqa anuar says:

    soalan lebih kurang mcm no 8: * adik saya pernah tanya*

    Benda apa bila dah dikeluarkan, tak boleh masuk balik..?

    jawapan : tahi hidung… hehehe

    maaf tak senonoh.. 🙂

  2. nego says:

    lawak lejen terbaik
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  3. bahaiqram streetmagic says:

    teka teki sekolah rendah zaman saya dulu…
    KAMAL,ALIA,MAZLAN,EMILY,RASHID,AIDA 3 pasang kekasih ini merantau ke langkawi,
    tetapi malangnya mereka tidak membawa KAMERA utk tangkap gambar kenangan bersama,
    bagaimana mereka nak mnyelesaikan masalah itu…
    jawapan:
    gabungkan huruf pertama nama2 mereka
    Kamal,Alia,Mazlan,Emily,Rashid,Aida
    K+A+M+E+R+A =KAMERA

    THE PROBLEM SOLVED!hahaha…

    1. pandai juga nak wat teka teki nie…sya langsung takpandai…hehe..huhu… :'(

  4. syeela says:

    ni bukan teka teki la. dulu time skolah kalau tnya kat mana msti kwn jwb. tu.. tunang atau ni.. nikah.. pastu kwn..”eeee x malu nk kawin” hahaha

  5. qosim45 says:

    ada sebuah bas …ramai penumpang yg brada di dalam nya …bas itu melintas di sebuah jembatan lalu jambatan itu pon roboh …org nya rmai yg mati ..

    soalan nya ..apabenda yg x mati ??

    Sila Comment di Bwah

    1. liana rosli says:

      driver bas..betul x?hehe
      liana rosli recently posted…selamat hari lahir yang ke 25 ustaz Z;)My Profile

    2. nana nini nunu says:

      meter bas…

    3. hafiz says:

      Jawapan dye ialah roadtax…sbb tunggu tamat tempoh

  6. ade satu jambatan….byk binatang yg lalu…gajah lalu patah kaki…arnab lalu patah gigi….semut lalu patah ape?
    meh-meh sasis recently posted…Kejujuran Saudagar Permata Yang Sangat Menyentuh HatiMy Profile

  7. qosim45 says:

    @liana Rosli Bukan itu jawapannya ..

    JawapanNya = rotek Bas lah ..Org mati ,rotek x mati Hhehee

  8. faruq says:

    patah balik la …..

  9. vcore says:

    memang legen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge