Koleksi Cerita Lawak Versi Putus Urat Kentut. Kahkahkah!

cerita-lawak-gelak-sakan.jpg

Koleksi Cerita Lawak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fuh.my yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak buat korang tersengeh sikit. Tau korang tengah stress kan? Jom baca koleksi cerita lawak yang Dr Fuh amek dari laman forum tergenal Gempak! at least dapat kurangkan sikit tekanan tu. Hehehe

CERITA LAWAK SATU

Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.

cerita lawak

Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia menjelaskan, “setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci”. Si isteri berfikir, “30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat”. Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu? “Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!”.

CERITA LAWAK DUA

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, “Anak nak ke mana?”. Si mamat menjawab ringkas, “KL”

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm… bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”

Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan

CERITA LAWAK TIGA

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara telah membawa pulang Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”

Suami : “Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri sambil memainkan jarinya… secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop…

Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula…

Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”

Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”

 Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah…

Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… ****H!!!”

CERITA LAWAK EMPAT

Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu.

Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut. Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana.

Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..

Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak

RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya. Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.

Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada “PAEDAH”.. Buang masa aku je laaa….

Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.

CERITA LAWAK LIMA

Ada Empat Orang Tengah Tunggu Lif. Sorang Tu Doktor, Sorang Lagi Tu Engineer, Yang Ketiga Tu Peguam Dan Yang Last Sekali Pakcik Tua.Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun Yang Teramat-Amatlah Seksi.

Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le. Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif Tu Pun Berhentilah Dengan Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out Tu, Mulalah Ada Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak Buat Kurang Ajar Dengan Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!

Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali Kat Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Pakcik Tua Satu Penampar Jepun Yang Teramatlah Kuat.”Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba Lagi Tu !!!”Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya Kat Muka Pakcik Tua Tu..

Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Pakcik Tua Tu Yang Buat Dajal?

Kerana………. Pakcik Tua Tu Sorang Je Laki!! ekekeke :p

Sumber

Hehehe. Amacam, tersengeh kerang tak korang baca?kalau tak sengeh sikit pun memang hati ikan kering lah korang ni. Hahaha

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Koleksi Cerita Lawak Versi Putus Urat Kentut. Kahkahkah!”

  1. siot jer lawak yg first first tu hahaha hampeh nyer laki 😛

  2. Yan Ty says:

    Hampeh.. ahahaha.. hilang sat stress.
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 5My Profile

  3. Ummar Farouk says:

    Pakcik tua tu Tok imam ke? Sy ade ternampak perkataan Tok imam tadi. Apa-apa pun, citer lawak 1-4 sajer blom pernah dgr sebelum ini… mmg lawak… hehe…
    Ummar Farouk recently posted…[GEMPAR] Kemenangan Para Mujahidin yang Sungguh Luar Biasa!My Profile

  4. nego says:

    ini lawak yaww
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  5. vcore says:

    hampeh wakakakak

  6. eizura liyana says:

    Best lh…lawak 😀

  7. nia says:

    Lawak tu lawak tpi sy yg rse x lwk…sy haty ikan kering ke?:'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge