KL Zombi (2013) Full Review

kl-zombie-2013.jpg

KL Zombi (2013) DVDRip 480p PFT Release

Trailer KL Zombie 2013:

Movie Info:

Classification: U
Genre: Action / Comedy / Horror
General Release Date: 29 Aug 2013
Running Time: 1 Hour 37 Minutes
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Azhan Rani, Izara Aishah
Director: Ming Jin
Format: 35MM, 2D
Rating: 6/10

REVIEW KL ZOMBI (2013) by Abang Joe:

KL Zombie (2013) DVDRip adalah adaptasi daripada sebuah novel terbitan Fixi yang ditulis oleh Adib Zaini bertajuk “Zombijaya”. Ini adalah filem pertama mengkhususkan mengenai zombie yang diterbitkan dalam Malaysia setakat ini. Pengarahnya, Woo Ming Jin, mempunyai target tersendiri dengan filem bergenre seperti ini. Bagi pengarahnya, filem KL Zombi (2013) ini adalah sebuah masterpiece yang ada kelasnya tersendiri. Ia membawa sebuah genre dan nafas baru dalam dunia perfileman tanah air.

Tetapi, bagi admin, movie seperti ini memang mempunyai nafasnya tersendiri. Namun, jalan ceritanya masih lagi tipikal dan sama seperti jalan cerita movie-movie lawak bodoh yang berlambak di luar sana. Admin beranggapan mungkin pengarah tidak dapat mengangkat movie ini 100% sama seperti jalan cerita yang terdapat di dalam novel asalnya. Ini mungkin jalan cerita novel lebih kepada sebuah dunia yang dibayangkan oleh pembaca, berbeza dengan filem, sebuah dunia yang digambarkan dengan gambaran filem dan penonton menghayatinya. Jadi, perlulah pelakonnya juga menghayati filem ini dengan membawa lakonan yang sangat berkesan dan penuh penghayatan. Kegagalan pelakonnya menghayati watak yang dilakonkan akan menyebabkan kegagalan penonton menghayati jalan cerita yang dihidangkan. Hasilnya, penonton akan menjadi bosan sekiranya lawak yang sama diulang-ulang berkali-kali di dalam filem ini.

Pengarah harus menekankan babak yang ada agar tidak berulang sehingga menyebabkan audiens bosan. Garapan jalan cerita sudah menarik namun kesimpulan pada klimaksnya agak tipikal di mana ubat Bro Khalid yang entah hapa-hapa itu pula menjadi penyelamat kepada seluruh warga Kuala Lumpur yang telah bermandi darah zombi. Lebih jujur jika saya katakan gambaran zombie yang sebenar bukan seperti dalam filem ini. Watak zombie yang dihidangkan kurang penghayatan oleh pelakonnya. Namun, suasana lengang ibu kota Kuala Lumpur telah membuatkan satu keunikan filem KL Zombi (2013) ini. Disitu terletaknya kelebihan yang ada pada filem ini.

Tanpa persembahan suasana sunyi dan lengang itu, ia tidak akan berjaya menghidupkan suasana thrill dalam filem ini. Jarang bagi saya yang tinggal di KL ini untuk melihat ibu kota tercinta ini lengang. Pembawakan watak Nipis oleh Zizan dilihat sangat memberangsangkan. Walaupun lawak yang dibawa hanya diulang-ulang, namun usaha Zizan untuk menghidupkan filem ini daripada terus mati tanpa naratif berterusan dilihat amat bagus dan hebat sekali. Zizan berusaha sungguh untuk menjayakan filem ini. Sesungguhnya filem ini, meletakkan 100% kejayaannya pada watak Zizan disamping dibantu oleh watak seorang kanak-kanak kecil yang sangat banyak membantu menghidupkan suasana. Tanpa kanak-kanak itu dan tanpa Zizan, filem KL Zombie (2013) tentu mati.

Admin berikan 6/10 kepada filem ini kerana usaha dan gerak kerja yang cuba dihidangkan adalah segar walaupun naratif pertengahannya adalah sangat tipikal dan klimaksnya seperti orang tiada idea membuat filem. Sesungguhnya, tanpa Zizan Raja Lawak, filem ini layak di zombiekan atau di zombabikan sahaja…. Sememangnya aura lakonan yang dibawa Zizan telah menghidupkannya dengan dibantu oleh kanak-kanak lelaki kecil yang bergandingan dengan Zizan sebagai watak utama.

Tahniah buat krew KL Zombi (2013) atas usaha kalian! Malaysia menghargainya dengan memberikan jumlah pungutan 2 juta ringgit Malaysia! Semoga pengarahnya dapat mengambil iktibar daripada kegagalan naratif filem ini dan memperbaikinya di masa akan datang. 🙂

Okay, sebenarnya Abang Joe, Dr Fuh and the gang sudahpun menonton filem KL Zombi ini di pawagam GSC Times Square pada minggu lepas. Dapat tiket free, brader Joe belanja. So, kalau korang semua belum sempat nak tonton movie ni, bolehlah beli DVD Original di kedai dvd atau SPEEDY. Kalau korang tak mampu nak membeli, jangan risau, kawan Abang Joe ada tolong share movie ni di internet. Korang tengoklah nanti ya… Klik link kat bawah ni untuk menonton filem KL Zombie (2013).

JOM TONTON KL ZOMBI (2013) DVDRip disini sekarang juga!

Download Link: Pencurimovie

Terima Kasih sudi membaca artikel Abang Joe yang hensem lagi kacak bergaya ini…! Nanti Abang Joe review lagi ya!

-Ditulis oleh Abang Joe

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “KL Zombi (2013) Full Review”

  1. hmmm…tak rasa tertarik pun nk tengok citer ni
    blogger lelaki recently posted…Dilema Filem MelayuMy Profile

  2. This is very fascinating, You’re an overly professional blogger. I have joined your rss feed and look ahead to in search of more of your magnificent post. Also, I have shared your site in my social networks

  3. If you are a fan from the character of Charlotte York from Sex and the City or can’t afford to miss any episode of Glee, it’s essential to be properly acquainted together with the preppy women’s clothing which is making waves in several fashion capitals. You also can imitate the wardrobe of the preferred character in the above talked about shows by shopping for some cute dresses and skirts from Elan International dresses. There’s essentially only a single thumb rule that applies to preppy women’s apparel and that being that the length of those clothes ought to by no means be hitched too higher above the knee. It really is greatest to choose knee grazing dresses that rest just above the knee and appear very flirty.

  4. norhazlin nadirah says:

    terbaik ar cita ni …….

  5. faizhamid says:

    nak tengok like le duli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge