Kita Juga Yang Rugi Jika…….

Tak ingat nak bersyukur kat tuhan sebab dapat hidup sehari lagi tup2 esok mati..amacam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nampaknya hari ini mungkin hari terakhir kita berpuasa bagi bulan Ramadhan 1434 Hijrah dan kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013 pada esok hari. In Shaa Allah kalau diberikan umur yang panjang bertemu lagi kita dengan Ramadhan 1435 Hijrah pada tahun hadapan. Dikesempatan ini Dr Fuh nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Dr Fuh sekiranya ada membuat salah atau membuatkan anda terasa hati dengan penulisan serta perkongsian Dr Fuh.

Hari ni Dr Fuh nak share satu fakta atau hujah untuk renungan kita bersama. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah.

Kita Juga Yang Rugi Jika…….

1. Tak ingat nak bersyukur kat tuhan sebab dapat hidup sehari lagi tup2 esok mati..amacam?

2. Tak kucup tangan mak dan ayah mohon maaf selagi mereka masih ada..kalau dah takdak,,menangis air mata darah pon tak dapat kembalikan mereka ke dunia ini..huhu

3. Tak hargai suami/isteri sebelum dia dikebas orang lain atau sebelum dia dipanggil menghadap Illahi..

4. Tak solat betul2 @ tak khusyuk sebelum itu menjadi solat yang terakhir..menyesal tak sudah beb!

5. Tak ingat nak ‘check’ akaun bank sebelum ber’shopping’..tengok2 dah pokai sebelum hujung bulan..aiyok!!

6. Tak hargai dan tunaikan permintaan anak atau yang tersayang..tengok2 tu permintaan terakhir..kompom hidup diselubungi duka dan kekesalan..(teringat antara isi ceramah ustaz kazim pasal anak mintak bubur..)

7. Pulun diet bagai tengok2 dapat penyakit terus tak lalu makan..amik kau!Tapi berpada2lah jugak time makan tu takut dapat penyakit pon sebab terlebih makan..huhu..

8. Tak telefon sahabat lama walaupun dok terkenang2kan dia sejak dua tiga hari lepas tiba2 dapat tau yang kawan tu baru meninggal dunia..kena pulak pernah buat salah kat dia dulu..pergh..kompom nyesal tak mintak maaf..tanggungler nnt kat akhirat..huhu

9. Tak buat ibadat banyak2..tak bayaq zakat, tak setel hutang tengok2 dah mati..oh tidak!!azab kubur dok tunggu tu!!

Sekadar ingatan buat diri sendiri dan kengkawan semua..jangan sibuk sangat bertenet sampai lupa perkara yang penting..mana tau saat ini saat terakhir kita sebelum dijemput pergi menghadapNya..

Wallahua’lam…

Dr Fuh kongsi dari blog teacherbasariah. Bagus perkongsian ni 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments