Kisah Seram Hantu Penanggal Yang Ngeri

Kisah-Seram-Hantu-Penanggal-Yang-Ngeri.jpg

Kisah Seram Hantu Penanggal Yang Ngeri

Kisah Seram Hantu Penanggal Yang Ngeri | Sebelum masuk tidur, apa kata Puteri sajikan satu kisah seram. Haa.. agak-agak ada lagi ke hantu penanggal kat Malaysia nih?? Harap-harap tiada lah ye. Seram bulu tengkuk di buatnya…

Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.

Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Kisah Seram Hantu Penanggal Yang Ngeri

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.

Tetapi, kami difahamkan sekarang banyak pengamal ilmu penanggal ini kurang berminat dengan ilmu ini kerana mereka kuatir apabila mereka terbang dengan isi perut yang berjuntai itu akan terkena renjatan elektrik. Maklum la sekarang kan banyak tiang elektrik.

Akhir kata..

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”(Surah al-Jinn ayat 6)

Dan ingatlah Allah telah berfirman dalam Kitab sucinya Al-Quran:

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: “Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”(Surah al-Baqarah ayat 102)

Nota Puteri: Semoga kita dijauhi daripada syirik dan menyekutukan Allah. Sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. In shaa Allah tidak akan sesat di dunia dan akhirat. Wallahualam.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Kisah Seram Hantu Penanggal Yang Ngeri”

  1. Dekat Tempat asal saya Tawau, ada satu tempat yg diberi nama Pulau Sebatik. Tempat tu selalu dikaitkan dengan benda yg menyeramkan nie. Orang Sabah sebut benda nie Balan-balan… Memang ngeri.
    Aniqbukhary32 recently posted…Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?My Profile

  2. kucinghitam says:

    makin moden makin ramai plak yg mencari menda2 nie

  3. lahabau says:

    eeee seram nyer….di tempat aku bende ni dipanggey chikaroo belen…..selalu kalo naik motor memang nate ni suko kaco dan tumpang dok blkg…..

    moto terasa berat je….kekadang ikot sampai umah….dihambat balik pon belen2 ni tak takot….

    belen2 ni kalo dah terkene susah nak dibuang….malam2 nak tido komperm kene kaco….

  4. EB says:

    aduii…balan-balan…

  5. Melora says:

    Mananaggal Dan WakWak memang penanggal.Tapi wak wak dia jenis penanggal yang lain sikit jenis nya.
    Ada jugak di Filipina dorang panggil ASWANG.Cuba korang buka YouTube tengok wayang penanggal versi Filipina
    Tajuknya

    “Tik Tik; The Aswang Chronicles” Aku Dah tengok Dah wayang tuh.. Best jugalah… Ada komedinya..
    Tapi kalau boleh cari yang Ada subtitle lah ok.. SELAMAT MENONTON!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge