Cerita Seram Dan Kisah Misteri Hotel Di Genting Highland

kisah-seram-di-genting-highland-2.jpg

Kisah Seram Di Genting Highland Dan Misteri Bilik Hotel Genting. Seperti sebelum ini, kita banyak membaca tentang cerita seram yang berlaku di hotel atau pusat-pusat penginapan seperti di Genting Highland contohnya. Ia sendiri diakui apabila terdapat segelintir pengunjung merasai sendiri pengalaman seram itu. Namun kali ini, kisah seram yang ingin dibawakan adalah tentang pengalaman seram seorang pekerja hotel. Beliau menceritakan tentang kejadian diganggu oleh seorang wanita misteri yang menangis teresak-esak dari sebuah bilik hotel. Ikuti kisah di bawah ini.

Kisah seram di Genting Highland

kisah seram di genting highland

Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yg di tugaskan menghantar barang-barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu.. Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala urusan pada malam tersebut.

Bunyi deringan telefon yg tidak putus di bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut.

Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yg sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg beroperasi sedari pagi tadi..

Suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat dari dalam office, Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di lekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis.. di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yg agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..

Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada jawapan yg di berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yang berlaku di dalam bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu, Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..

Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? bulu roma hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku sebenarnya, kisah seram yg di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia teringat, bilik yg dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat..

Kisah Seram Di Genting Highland Dan Misteri Bilik Hotel

Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang…

Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri hadi, tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..

Tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut… dan bau yg meloyakan tekaknya..

Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu, berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..

Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping. Setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup. Misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu anda?

Sekadar berkongsi – Sumber asal

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

21 thoughts on “Cerita Seram Dan Kisah Misteri Hotel Di Genting Highland”

  1. ok kena ingat no bilik tu hahahhaha mmg seram hurm or maybe roh yg tak lepas tu nak someone cari punca bilik tu berhantu kot…

    1. kucinghitam says:

      kalo dah tau berhantu menda nak pi dok sirtu lagi isk2
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. baru 2 bulan lepas aku ngan geng2 blogger lepak genting tpi tak tido la… 😛

    1. kucinghitam says:

      yeka hahaha sure hantu tu xberani nak kacau kan
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. banyak yer kisah seram kat Genting ni.. Saya banyak jugak terbaca. Kenapa agaknya. Mungkin sebab lokasi dia di tempat tinggi kot. kat tempat tinggi2 ni tempat jin & syaitan. Mungkin jugak sebab tempat tu tempat banyak berlaku maksiat & perjudian. Yelah.. tempat tak elok ni memang tempat syaitan kan

    Terapi >>UNTUK ISTERI ISTERI BERGELAR BLOGGER
    Info >>PENGGEMAR MISTER POTATO KENA TAHU PASAL NI
    Wow >>HANYA SEMINIT JE UNTUK DAPAT RM10,000
    Glupp >>RM2 UNTUK SAMSUNG GALAXY S?? BETUL KE TAK JOM TENGOK
    Ehem >>NAK JIMAT RM30K MAKEOVER DAPUR TENGOK NI
    SERIUS >>PEMINAT YUNA KENA TAHU PASAL NI
    Fuiyo >>YANG ADA FACEBOOK & SUKA SANGAT BER MAKE UP KENA TENGOK NI
    suria lekatlekit recently posted…UNTUK ISTERI – ISTERI YANG BERGELAR BLOGGERMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Atas gunung byk tempat jin bertendang sebab kat situ byk kawasan terpencil…
      Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

    2. kucinghitam says:

      yang runtuh tu bukan kat genting ker
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. hafiz says:

    seram2…apa2 pun kena banyak ingatkan Allah..
    hafiz recently posted…Tazkirah Jumaat 12My Profile

    1. kucinghitam says:

      hantu2 tu pun setan ja pun
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. Ummar Farouk says:

    Haha… buat suspenlah pula…
    Ummar Farouk recently posted…Maksud Kata-kata Sayidina Ali Ini…My Profile

    1. kucinghitam says:

      suspen sbab apa plak
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  6. GREAT STEVEN says:

    Magnificent submit, very informative. I ponder why the other experts of this sector don’t realize this. You must proceed your writing. I am sure, you’ve a huge readers’ base already!|What’s Going down i am new to this, I stumbled upon this I have discovered It positively helpful and it has aided me out loads. I am hoping to give a contribution & assist different users like its aided me. Great job.

  7. JomJalan says:

    Harap2 next tetamu bukan kami. Moga hotel tu tutup bilik tu dari tetamu sampai bila2
    JomJalan recently posted…5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di MalaysiaMy Profile

  8. one safone says:

    aq x kcau kau kau jngan ganggu aq t0oo je.. :3

  9. owoit says:

    haha.. mengarut. bilik tu tak wujud. tingkat 3 tu parking kereta

  10. vcore says:

    seram seh…bnyakkn berdoa

  11. ena says:

    kt HRKR pun same tp blik num 3118, sebelah pantry lounge.. Well.. Depan laut apo na dikato..

    Ape2 pun jgn byk sgt tgok muvee.. Terpengaruh dh haaa.. Haha

  12. gold watches says:

    I don’t know if it’s just me or if everyone else encountering problems with your site.
    It appears as though some of the written text on your content are running off the screen.
    Can somebody else please provide feedback and let
    me know if this is happening to them as well? This
    may be a problem with my internet browser because I’ve had this happen before.
    Appreciate it
    gold watches recently posted…gold watchesMy Profile

  13. It’s really a cool and helpful piece of information.

    I’m happy that you just shared this useful information with us.
    Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.
    15 inch laptop sleeve recently posted…15 inch laptop sleeveMy Profile

  14. YoaZaGoWyZ says:

    670399 436025As I web website possessor I believe the content matter here is rattling great , appreciate it for your efforts. You need to keep it up forever! Great Luck. 424252

  15. What’s up to every body, it’s my first go to see of this webpage;
    this webpage contains remarkable and actually excellent
    material designed for readers.
    troubleshoot neff dishwasher integrated recently posted…troubleshoot neff dishwasher integratedMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge