Kisah Seram Diganggu Angkara Tidak Mandi Wajib

images-22.jpg

Kisah Seram Diganggu Angkara Tidak Mandi Wajib | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni Dr Fuh nak share kisah seram yang mungkin boleh memberi sedikit pengajaran buat kita semua. Dr Fuh sendiri tidak pasti kisah ini adalah kisah benar atau rekaan semata-mata. Tapi sebetulnya kisah ini memang boleh memberi pengajaran buat kita terutama wanita di luar sana.

Kisah seram ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil. Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya.

Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong. Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu.

Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…” Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…

Wallahualam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

16 thoughts on “Kisah Seram Diganggu Angkara Tidak Mandi Wajib”

  1. Inilah akibat ambil mudah perkara2 yg wajib mcm ni… sendiri mau ingat la…

    1. kucinghitam says:

      tu la semua nak ambik mudah
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. Ummar Farouk says:

    Gambar di atas dah cukup seram, apalagi bace citernya… Btw citer ni perlu diambil iktibar dan pengajaran supaya tidak meringan-ringankan perkara yg wajib…
    Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tu baru gambar yg di edit dah seram ek
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. kucinghitam says:

    dah tu mandi la wajib isk2
    kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. mandi wajib pun tak.. apatah lagi nak buat benda lain. Tapi memang wujud pun orang macam ni nak2 lagi zaman sekarang.
    lekatlekitgurl recently posted…BUKAN SENGAJA MENGHINA ISLAM DALAM VIDEO RAYA DENGAN ANJINGMy Profile

  5. Mandi wajib nie penting. kot2 datang ajal, tak sempat mandi wajib kan masalah tu… Semoga kita sama2 dalam rahmat Alaah dan jangan jemu untuk saling ingat memperingati… 🙂

    1. adjskndkaejf says:

      Tiada masalah pon. Bila dah mati orang akan mandikan wajib untuk mayat kecuali orang syahid saja.

  6. vcore says:

    biar betul.nak gi mandi wajib jap

    1. Mandilah sebelum anda dimandikan..
      Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  7. World WarZ says:

    Yang dia tido dalam gelap apa kehal…
    Yang benda benda tu pulak suke sangat ngikut pempuan balik pun apa kehal.. gatai

    Yang laki kawan dia lak macam mana tahu dia tak mandi wajib..
    hemhemhem ada skandal ke siang tadi dengan dia …
    kehkehkeh…

    Baru kena tegur dah merangkak.. aku siap kena usap rambut berkali kali dan bila terjaga bingkas bangun dan buka api tapi tak ada apa yang pelik. terlelap mata semula kepala kena usap lagi dan macam terbayang seorang perempuan berambut panjang sampai kebahu disebelah katil aku duduk membelakangkan badan, konon konon dia malu lah konon tu.. Bila aku bingkas bangun buka api semua kelihatan ok.
    Perkara aneh ini terjadi bukan kat rumah aku tapi disebuah bilik hotel diPantai Timur

    1. Eyza says:

      poyo je.. jgn ckp besar

  8. Eyza says:

    ahh tkot nye.. hope orang lain pon xde la buat bnde cm ni ye..

  9. World WarZ says:

    Bukan cakap besar.. memang dah banyak kali mengalami supernatural nie. Kalau setakat tingkap cermin bilik atau pintu rumah diketuk semasa bersendirian dirumah itu sangat biasa. Kalau setakat diteriak semasa berseorangan pun selalu dan biasa ..
    Dan pernah banyak kali entiti tersebut berteriak memanggil nama saya sewaktu bersendirian bermotor dijalan kampung , pelik juga dia siap leh tahu nama saya.

    Pernah sekali semasa saya bermotor bersendirian dijalan kampung diwaktu malam pelepah pokok sawit melentur seperti dihenjut hingga menampar muka dan sebelum itu belukar dikiri kanan bergegar bergoyang bersusup sasap seperti seseorang sedang berlari meredah semak.

    Pernah juga sekali saya mendengar bunyi musik keluar dari dalam tanah semasa saya berhenti untuk buang air kecil ditepi semak dijalan kampong bersama kawan balik dari bandar muar.
    Banyak lagi dan biar lah setakat ini dahulu..

    Sebagai manusia kita adalah khalifah dibumi ini.. Allah mencipta mahklok supaya tunduk dan beriman kepadaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge