Kisah Sedih Menyentuh Hati – Aku, Temuduga Dan Pengorbanan Ibu

kisah-sedih-temuduga.gif

Kisah Sedih Menyentuh Hati – Aku, Temuduga Dan Pengorbanan Ibu | Harini Dr Fuh nak share satu kisah sedih menyentuh hati dan sanubari. Ecehh. Kisah sedih ni Dr Fuh pon tak pasti sama ada kisah benar ataupun rekaan semata-mata. Apa-apa pun kisah sedih ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran berguna buat kita semua. In Shaa Allah

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?”

Gadis itu menjawab “Tidak.”

Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?”

Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.”

Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, “Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?”

Gadis itu menjawab, “Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.”

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : “Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?”

Gadis itu menjawab : “Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal.”

Pengurus itu bertanya lagi, “Apa yang anda rasa?”

Gadis itu menjawab : “Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.”

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, “Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini.”

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Hargailah pengorbanan seorang ibu..gembirakan lah hati mereka senantiasa dengan meringankan beban mereka dan berbuat baiklah dengan ibu anda. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Kisah Sedih Menyentuh Hati – Aku, Temuduga Dan Pengorbanan Ibu”

  1. Ummar Farouk says:

    Alhamdulillah… Semoga kita dapat ambil pengajaran dan pencerahan utk bagi soalan temuduga nanti…
    Ummar Farouk recently posted…Ubah Tiga Elemen Dalaman Yakni Hati, Akal Dan NafsuMy Profile

  2. Lalang Rebah says:

    TERBAIK STORY NI. KADANG KT AMBIL MUDAH JE JASA IBU DAN BAPA. TANPA DIAORG…TAKDENYE JD KT SEPERTIMANE KT HARI INI. YA ALLAH YA TUHAN KU…SEJAHTERAKANLAH KEDUA IBU BAPA KU…BAHAGIAKANLAH MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT. LIMPAH RUAHKANLAH REZEKI BUAT MEREKA. KAU BUKA DAN LEMBUTKAN LAH HATI MEREKA DLM SEGALA URUSAN DALAM MENGERJAKAN SURUHAN MU. SESUNGGUHNYA TIADA AKU TANPA MEREKA DAN DENGAN IZINMU. KAU JDKANLAH ANAK2 MEREKA ANAK SOLEH DAN SOLIHIN YG TDK JEMU MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA. ALLAHUAKBAR…AMIN YA RABBAL ALAMIN.

  3. anis says:

    Sedihnya terharu

  4. Aragorn of Arathorn says:

    Selang beberapa bulan kemudian, penemuduga tersebut mengahwini gadis yg ditemuduga tadi utk d jadikan isterinya yg ke3..

  5. terbaik..penuh bermakne

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge