Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru

villa-nabila-johor.jpg

Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru | Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Seperti yang telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dimana kita dikejutkan dengan kehilangan 23 remaja di Villa Nabila Johor Bahru. Pelbagai khabar angin telah tersebar di laman-laman sosial, ada yang mengatakan berita 23 remaja hilang di Villa Nabila itu adalah palsu, ada juga yang mengatakan berita itu sahih dan 22 orang telah dijumpai cuma tinggal lagi seorang belum dijumpai.

Namun setakat ini tiada bukti-bukti yang kukuh untuk mengesahkan berita ini. Berita dari Utusan Malaysia pula mengatakan memang terdapat seorang remaja berumur 16 tahun hilang di Villa Nabila dimana ibu bapa remaja berkenaan telah membuat laporan polis.

Tadi Dr Fuh cuba cari kisah sebenar yang berlaku di Villa Nabila suatu ketika dahulu menjadi sebuah kisah misteri yang hangat diperkatakan. NAmun pelbagai versi yang Dr Fuh temui yang jelas sekali bercanggah antara satu sama lain. Jadi memang sukar untuk mencari kebenaran kisah misteri Villa Nabila ini. Disini Dr Fuh kongsikan 7 versi yang ditemui berkenaan Kisah Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru.

Kisah Sebenar Villa Nabila Pelbagai Versi

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri. Kisah ni paling tersasar jauh -_-

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bharu. Kisah sebenar 23 remaja hilang di Villa Nabila. Villa Nabila trending di twitter #villanabila

Poll di Villa Nabila

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula, namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 6 –  Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 7 – Jiran disekeliling kawasan Villa Nabila pula mengesahkan bahawa rumah tersebut telah dirompak oleh sekumpulan perompak. Rumah itu dikatakan dihuni oleh seorang lelaki melayu berkerabat raja dan isterinya pula seorang warga Singapura bernama Christine. Dikatakan semasa rompakan tersebut Christine dan Nabila telah dirogol beramai-ramai oleh perompak tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan kejam. Mayat-mayat mereka disimen di dalam dinding rumah tersebut. Dikhabarkan juga selepas 20 tahun kes itu, ada seorang ingin membeli Villa tersebut. Namun demikian, beliau sering dihadiri mimpi berkenaan keluarga tersebut. Dikhabarkan beliau bersetuju untuk menyempurnakan mayat keluarga tersebut.

Namun ada sumber mengatakan sekarang ini Villa Nabila itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam.

Dr Fuh – Fuhh!! banyak sungguh versinya kan? Tak lama nanti mesti kisah ini akan difilemkan, tak percaya tunggu la. Tapi versi yang mana satu? Mungkin kena tambah lagi satu versi kot.

Wallahualam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru”

  1. Is there any good locksmith company in Toronto?
    24 hour emergency locksmith exeter recently posted…24 hour emergency locksmith exeterMy Profile

  2. Mohd azzaman says:

    Sungguh best membaca kisah ini….

  3. 受けている1 つのお知らせハンドバッグは、素晴らしい気分でアクセサリーあなたファッションスタイル。最高代替秋のその後春 isn問題ですか?
    http://www.tcu.or.jp recently posted…http://www.tcu.or.jpMy Profile

  4. But before this they were being skilled at to make jewellery from pet
    animals and shells. Its shoelace’s pattern is small defective patterns.
    No lawsuits to help you lend infamy to be able to his fame.
    For a good phone in a medium price range, the E870 much better.
    http://www.babycar-size.com recently posted…http://www.babycar-size.comMy Profile

  5. my name is no name says:

    iyaaaa ka? .. myeramkan la sangat hmmm ..

  6. mia says:

    oiii , takseram pon….. aq punye lagi seram. kt sekolah lame aq ade bilik patung angkasawan.
    nk pendek cite , patung tu boleh bergerak sendiri setiap malam. so cikgu aq kunci bilik tu. habis . bye bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge