Kisah Saat-Saat Sebelum Hembusan Nafas Terakhir Arwah Pak Sudin

sudin-meninggal-dunia.jpg

Kisah Saat-Saat Sebelum Hembusan Nafas Terakhir Arwah Pak Sudin | Seperti yang kita semua ketahui, beberapa hari lalu kita digemparkan dengan berita sedih apabila Seniman terkenal tanah air S Shamsudin diberitakan meninggal dunia ketika bersarapan bersama isteri tercinta. Ikuti kisah saat-saat sebelum pemergian arwah Pak Sudin ke Rahmatullah yang Dr Fuh petik dari laman Berita Harian Online.

Seniman seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, S Shamsudin atau nama sebenarnya, Samsudin Dali, 84, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di West Avenue 6, Bukit Batok, Singapura, beberapa hari lalu.

Anak bongsunya, Mohamed Arifin, 44, yang berada di rumah ketika kejadian itu berkata, pada mulanya dia terdengar ibu, Puteh Ismoon, 77, menjerit memberitahu ayah tidak sedarkan diri ketika bersarapan.

Tak pernah mengadu sakit

Mohamed Ariffin berkata, dia terus menghubungi hospital dan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada ayah sementara menunggu ambulans tiba.

“Ketika ibu menyuapkan mi rebus, arwah meminta minuman jus epal. Ketika ibu masuk semula ke bilik, ibu dapati ayah sudah tidak sedarkan diri ketika bersandar di atas katil. Lalu ibu terus menjerit nama saya.

“Saya terus melakukan bantuan CPR sementara menunggu ambulans sambil dibantu pegawai kesihatan yang berada dalam talian ketika itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, semalam.

Mohamed Arifin berkata, ayah kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.56 pagi.

“Sepanjang tiga tahun terlantar akibat penyakit batuk kering dan Parkinson, arwah tidak pernah mengadu sakit dada atau mengalami serangan jantung. Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) wajahnya kelihatan pucat,” katanya.

Allahyarham terkenal dengan lakonannya bersama P Ramlee dan Datuk Aziz Satar dalam beberapa filem komedi termasuk Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dengan filem terakhir pada 2010, Eee Hantu! arahan Majed Salleh.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, tujuh anak dan 14 cucu. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Pusara Abadi Chua Chu Kang, Singapura kira-kira jam 10 pagi, hari ini.

Selain teman seangkatan dan artis generasi baru, pemergian Allahyarham yang lebih mesra disapa Pak Sudin turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melayangkan mesej melalui Twitter mengenai kematian Pak Sudin serta mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Pak Sudin Meninggal Dunia

Renung wajah isteri

Sementara itu, Puteh berkata, sejak kebelakangan, arwah sentiasa merenung wajahnya dan meminta badannya dibersihkan dengan kerap selain tidak banyak berkata-kata.

“Saya ada beberapa kali meminta maaf kepada arwah. Namun arwah beritahu tidak perlu meminta maaf kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya bersyukur apabila hajat terakhir arwah ingin menikmati mi rebus dapat ditunaikan. Arwah sempat menjamah juadah itu sebelum meninggal dunia,” katanya.

Turut hadir menziarahi Allahyarham, rakannya yang juga pelakon veteran, Abdul Wahid Ahmad, 83, atau dikenali sebagai Wahid Satay.

Wahid menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kejutan. Baginya arwah adalah seorang abang yang banyak membantu pada zaman Studio Jalan Ampas.

“Ini suatu kehilangan besar. Arwah yang membawa saya berjumpa dengan P Ramlee dan Datuk Aziz Satar, selain banyak membantu saya walaupun kami berlainan syarikat penerbitan.

“Kali terakhir saya berjumpa arwah adalah ketika menghadiri majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Kuala Lumpur, awal tahun ini,” katanya. – Bharian

Dr Fuh – Sama-sama kita sedekahkan Umul Kitab Al-Fatihah kepada Allahyarham S Shamsudin serta mendoakan supaya diampunkan dosa-dosa beliau oleh Allah SWT serta beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Allahyarham.

Bertabahlah semua..sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia jugalah kita kembali.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

18 thoughts on “Kisah Saat-Saat Sebelum Hembusan Nafas Terakhir Arwah Pak Sudin”

  1. Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Pemergian beliau adalah kehilangan besar pada industri hiburan tanah air.. kerana bakatnya tiada tolok banding… semoga dia aman bersemadi di sana… amin

  2. Al-fatihah..

    wah, dah berwajah baru sekarang ye MK. hehehe
    boni ultra kacak recently posted…Sedikit Kelegaan Buat AkuMy Profile

    1. fuhdotmy says:

      uiks..apakah?hehehe boleh la sikit2 :p

    2. kucinghitam says:

      kan makin kacak la blog nie haha
      kucinghitam recently posted…BERADU SEO MELAYU BOLEH SIAPA LAGI HEBATMy Profile

  3. semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Carlos Santiago recently posted…BAN MCR – Apabila Frank Iero Mula Menyanyi Mengalahkan GerardMy Profile

  4. khatijah says:

    Alfatihah..Moga Allah mencucuri rahmat

  5. Pemergian yang tiada penganti.. Pelakon/pelawak yang sangat berbakat. Semoga roh pak sudin berada di kalangan orang2 yang beriman.. al fatihah & takziah
    suria lekatlekit recently posted…USTAZ AZHAR IDRUS AJAK GADIS BERZINA??My Profile

  6. Yan Ty says:

    Apapun, salam takziah. Al Fatihah
    Yan Ty recently posted…Pantai Timur , Aku Datang ! – Day 5My Profile

  7. kucinghitam says:

    sedih tinggal aziz satar ja sorang
    kucinghitam recently posted…BERADU SEO MELAYU BOLEH SIAPA LAGI HEBATMy Profile

  8. nego says:

    seniman terhebat
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  9. anizz says:

    al-fatihah..semoga rohnye berada di dlm klangan org2 yg beriman…

  10. muja says:

    suka sangat dengan lakonan beliau tambah2 kalau ngan tan sri p ramlee,, takziah buat keluarganya,, kita juga akan tinggalkan dunia di satu masa,, :'(
    muja recently posted…CERAH BERSERI RAYA GIVEAWAY with FAIR & LOVELY dan SIEZUKAMy Profile

  11. Deen769 says:

    Alfatihah buat arwah pak sudin,saya mmg seorang peminat tegar beliau
    mohon click http://www.mudah123.com/?ref=661

  12. Aniq Bukhary says:

    Walaupun bukan warganegara Malaysia tp kewujudan Arwah dalam industri meninggalkan kesan yg mendalam buat peminat di Malaysia. Al fatihah..
    Aniq Bukhary recently posted…Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge