Kisah Pisang Dan Hati

kisah-pisang-dan-hati-fuh.jpeg

Kisah Pisang Dan Hati | Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, Luna ucapkan buat semua pembaca Fuh.My yang setia dan budiman. Hari ini Luna ingin kongsikan sebuah kisah yang boleh kita jadikan pengajaran dan iktibar dalam hidup kita iaitu Kisah Pisang Dan Hati.

Kisah ini berlaku disebuah sekolah tadika.

Maryam, seorang guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu.” kata Cikgu Maryam kepada murid-muridnya.

Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. ”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam.

allah ada untuk bantu kita

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” ,beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini adalah :-

  • Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.  

hati

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”

Kebencian, apalagi jika sudah menjadi dendam, memang akan menjadi beban jika kita terus menyimpan perasan itu dalam hidup kita. Bukan hanya menjadi beban, namun perasaan-perasaan negatif ini akan berubah menjadi penyakit. Dr. Robert S. Eliot, seorang dokter ahli jantung terkenal dari Universitas Nebraska mengatakan bahawa berbagai perasaan negatif , di antaranya kebencian dan dendam– dapat menimbulkan berbagai penyakit. Kerana perasaan negatif dapat meningkatkan adrenalin serta tekanan darah, sehingga orang-orang ini dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dua kali lebih tinggi berbanding orang lain serta stroke, atau menekan sistem pertahanan tubuh sehingga meningkatkan risiko kanser dan merangsang sistem saraf simpatik yang dapat menyebabkan berkurangnya pengeluarkan enzim-enzim pankreas dan menciptakan kesulitan dalam mencerna makanan.

allah ada

Nota Luna Nana : Kita semua manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Luna akui,perkara yang tidak mudah untuk kita lakukan ialah memaafkan orang lain. Betul tak? Memang kita bukan nabi dan Rasul yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi cuba kita muhasabah diri sendiri.Cakap pada diri sendiri macam ni – “Memaafkan seseorang itu lebih baik daripada menyimpan dendam.” – Walaupun susah dan payah, kalau kita cuba maafkan seseorang itu hari demi hari walaupun lambat..InsyaAllah suatu hari nanti kita dapat maafkan musuh kita itu.

memaafkan

Sabda Rasulullah S.A.W ” Berbuat baiklah kamu kepada orang yang memusuhi kamu itu, jangan pula kamu membalasnya dengan sesuatu yang tidak baik,doakan kebaikan untuk mereka”. Apabila kita sudah memaafkan seseorang itu, InsyaAllah hati kita akan berasa lebih tenang dan lapang. Luna tak nafikan kesalahan orang itu akan meninggalkan kesan dalam hidup kita,tetapi sekurangnya kita dah maafkan orang tu. Kalau dia tak nak maafkan kita, itu sudah menjadi urusan dia dengan Allah. Dah tak jadi urusan dengan kita sebab kita dah memaafkan dia . =) #Renung-renungkan, reset hati kita dan sentiasa berfikiran positif serta bersangka baik.  

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Kisah Pisang Dan Hati”

  1. idhamluqman says:

    maafkan aku,jika aku ada buat silap x kira pada sesiapun..dan aku maafkan sesiapa saja yang pernah mengenali aku..

  2. Abdul Hafiz says:

    Alhamdulillah, Sekarang memang tiada seorang pun yang saya benci. In Sya Allah.
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge