Kisah Pengajaran Hanya Kerana Sebiji Tembikai

buah-tembikai.jpeg

Kisah Pengajaran Hanya Kerana Sebiji Tembikai | Sebagai seorang pembeli, kita sudah semestinya akan marah jika buah yang kita beli rupa-rupanya sudah rosak pada bahagian dalamnya. Pada waktu itu, mulalah kita merungut, menyumpah seranah dan memarahi penjual buah tersebut tanpa membuat sebarang pertimbangan. Namun sebenarnya, kita tidak boleh bertindak sedemikian rupa. Persoalannya mengapa? Kalau begitu pada siapa yang patut kita marah? Ikuti kisah ini untuk dijadikan pengajaran dan pedoman hidup. In Shaa Allah

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Sumber

Dr Fuh – Walaupun kisah ini cuma ringkas dan pendek, namum pengajarannya amat berguna kerana perkara sebeginal sering berlaku dalam hidup kita. Dr Fuh sendiri pon akan marah dan geram kalau buah yang dibeli tidak kira apa jenis buah sekalipun buruk didalamnya. Tapi bila difikir semula memang benarlah, peniaga sendiri pon bukannya tahu kualiti isi buah yang dijualnya.

Tapi para peniaga jangan pula mengambil kesempatan menjadikan kisah ini sebagai alasan untuk menjual buah-buahan sesuka hati tanpa memeriksa dan menjaga kualitinya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan pedoman buat Dr Fuh dan kita semua. In Shaa Allah.

Kat sini Dr Fuh ada tips dari rakan berkenaan Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik In Shaa Allah membantu.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Kisah Pengajaran Hanya Kerana Sebiji Tembikai”

  1. baby comel says:

    Thanks Dr. Fuh, terima kasih atas teguran ni. Pernah dulu saya marah2 bila beli buah RockMelon yang mahal harganya tapi bila belah isinya buruk. Tapi, pastu saya sedar diri balik. Mungkin bukan rezeki saya. Alhamdulillah, pastu Allah gantikan sesuatu yang sama tapi dengan cara berbeza. Saya dapat sebiji buah rockmelon free dari my customer. cantik dan sangat sedap, manis dan sangat menawan. Terima kasih Allah dgn rezeki dan dugaan tu. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya kan,
    baby comel recently posted…Penenang JiwaMy Profile

  2. syah says:

    kalu camni aku pun boleh naik angin tp lps ni aku nk cuba wat mcm ulamak ni !

  3. World WarZ says:

    Bukan begitu..
    Sebagai pembeli kita ada hak diatas nilai wang kita yang kita beri pada penjual sebagai tukaran nilaian barangan tersebut. iaitu proses jual beli. Maka sebagai hak pengguna kita punya hak untuk mendapat ganti diatas kerosakan yang bukan berpunca dari kita.
    Penjual harus mengantikan semula nilai barang yang serupa pada pembeli begitu lah peraturannye.

  4. AmanMatNor says:

    sesungguhnya Allah menguji kita dalam pelbagai bentuk perkara.
    AmanMatNor recently posted…Mulianya Kasih Seorang AbangMy Profile

  5. JOBS VIEW says:

    Betul jugak kan..tapi biasanya penjual akan belah sikit kalau pelanggan nak tengok isinya..
    JOBS VIEW recently posted…Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Melaka [UPDATE 10OCT2013]My Profile

  6. sedapnye tembikaiiiii~
    NieynaSakinah ZA recently posted…Doakan Aku ..My Profile

  7. kerje.com says:

    Alhamdullilah.
    kerje.com recently posted…Kindergarden TeacherMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge