Allahu Rabbi! Kisah Pengajaran Buat Wanita Di Luar Sana

kisah-pengajaran-kepada-wanita.jpg

Allahu Rabbi! Kisah Pengajaran Buat Wanita Di Luar Sana | Kira-Kira beberapa bulan yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.

Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.)

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’

‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’

‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Allahu Rabbi! Kisah Pengajaran Buat Wanita Di Luar Sana”

  1. balasan tu…. bak kata pemandu lori dlm felem hantu kak limah balik kampung BALA TU! BALA!! ekekeke kbai

    1. kucinghitam says:

      bala kishan ka hahahaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. Ummar Farouk says:

    Ambik kau… Itu makannya… So, jangan pengajarannya khusus buat kaum hawa, jangan menderhaka suami dengan tidak menunaikan kewajipan sebagai isteri… That’s all…
    Ummar Farouk recently posted…Hikmah Daripada Tragedi yang Menimpa Di Al-QusayrMy Profile

    1. kucinghitam says:

      wanita skrg nie byk sgt pelik2
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. kucinghitam says:

    kalo dah berkawin tu pandai la jaga diri
    kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    1. anonymous says:

      memang dia jaga diri, silapnya, dia tidak menjalankan tgjwbnya sbgai isteri… ^_^

      papepun pngajaran buat diri yg belum lgi bkahwin.. hukhukhuk..
      semoga arwah dtempatkn dlm golongan yg beriman..

      1. Amin.. nasib baik arwah bagi hadiah pengampunan.. kalau x, lagi teruk la isteri die tu..
        Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  4. nego says:

    itu makannyee
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  5. World WarZ says:

    Bukan begitu cara pembahagian harta pusaka.. sebaik baiknye harta pusaka dibagi bahgikan mengikut hukum faraid

    Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

    Bapa: 1/6 daripada nilai harta si mati
    Ibu: 1/6 daripada nilai harta si mati
    Isteri: 1/8 dariapada nilai harta si mati
    Suami: 1/4 daripada nilai harta si mati
    Anak Lelaki: 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
    Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

    Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.

    A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :
    1) Bapa si mati: 1/6
    2) Ibu si mati: 1/6
    3) Isteri: 1/8 atau Suami: 1/4. (Mana-mana yang masih hidup)
    4) Anak Lelaki: 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
    5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

    B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):
    1) Ibu: 1/6
    2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)

    C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak
    1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4 (Mana-mana yang masih hidup)
    2) Ibu: 1/6
    3) Bapa: mendapat semua baki harta

    D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.
    1) Suami: 1/4 atau isteri: 1/8 (Mana-mana yang masih hidup)
    2) Anak Lelaki: 2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.
    3) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

    E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa
    1) Adik-beradik Lelaki: 2/3 daripada harta.
    2) Adik-beradik Perempuan: 1/3 daripada harta.

  6. World WarZ says:

    No..
    Her husband should know his responsibilitu. If he couldnt not how to lead his wife so he was jantan Dayus

    1. tak lah itu bukan dayus .. isteri dia tu NUSYUZ dan isteri yang NUSYUZ tidak akan dapat harta walau sesen pun .. itu undang2 islam~ suami dia dah cakap berkali2 dia nasihat isteri tp isteri tak pandang lgsg ape yang dia nasihatkan .. dia dah jalan kan tanggungjawab dia menegur isteri~
      NieynaSakinah ZA recently posted…Doakan Aku ..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge