Kisah Pembaziran Seorang Kaya Arab Yang Pffft!

al-walid.jpg

Kisah Pembaziran Seorang Kaya Arab Yang Pffft! | Selalu kita disajikan dengan kekayaan Sultan Brunei serta kekayaan orang Barat. Jarang sekali kita mendengar kisah kekayaan dari orang Arab. Jadi, mari sama-sama kita ikuti sedikit ‘pembongkaran’ mengenai kisah kekayaan yang dimiliki oleh Al Walid, orang terkaya di negara Arab untuk dijadikan pengajaran dan tauladan.

Selama 20 tahun lebih, tak ada yang boleh mengalahkan kekayaan Al Walid bin Talal bin Abdulazis Alsaud di Timur Tengah. Ia adalah orang terkaya nombor satu di tanah Arab, dan menduduki peringkat ke-13 di seluruh dunia – menurut Forbes. Berapa kayakah Al Walid?

Tidak ada yang boleh meramal dengan tepat, berapa kekayaan Al Walid. Termasuk mungkin Al Walid sendiri. Orang hanya menjangka jumlah antara $15 sampai $30 billion! Tidak usah memikirkan seberapa banyak, kerana jumlah ini sungguh tak terhingga banyaknya.

Kekayaan A Walid tersebar dalam lima bidang: stok perdagangan awam, perusahaan-perusahaan besar yang dimiliki Al Walid, real estate, aset kekayaan, dan kekayaan yang bersifat tunai dan tersebar di berbagai bank di seluruh dunia.

Jika dikira, maka perusahaan Al Walid menyumbang $7.88 billion, dan menjadikannya sebagai pemilik perniagaan terbesar di Arab Saudi dan Timur Tengah. Perniagaannya meliputi bidang IT, kesihatan, hiburan dan pelancongan. Cittigroup, Apple dan News Corporation adalah tiga nama besar yang dimiliki Al Walid.

Dari perniagaan-perniagaan kecilnya, Al Walid mendapatkan “duit rokok” sekitar $1.611 billion. Perniagaannya yang terkenal di sektor ini adalah Rotana, yang bergerak di bidang hiburan di Timur Tengah. 85% industri muzik dan 45% industri filem di bawah label Rotana.

Sedangkan dari bahagian Real Estate, Al Walid mendapat $3.196 billion. Al Walid sekarang ini memiliki Kingdom Resort. Namun beliau sekarang membangun Kingdom Oasis yang dikatakan jauh lebih mewah daripada Kingdom Resort. Di Kingdom Oasis mengandungi danau dan zoo peribadi.

Ia mempunyai kapal persiaran sangat mewah, pesawat Boeing 747 peribadi, dan pesawat jet Aibus A380, yang merupakan pesawat paling mewah dan paling besar di seluruh dunia. Dia memiliki 300 kereta dan salah satunya konon adalah Mercedes SL600 yang setara dengan $4.8 juta.

Jutawan Al-Waleed bin Talal bin Abdul Aziz Al lahir pada Mac 1955 dan merupakan anggota kerajaan Saudi. Dia adalah cucu dari perdana menteri Lebanon yang pertama. Dia mempunyai tiga orang isteri.

Jutawan Al Walid tinggal di sebuah istana yang berharga $100 juta, mempunyai 317 bilik, berkarpet sutera, 250 unit television, dan pelayan yang siap menyiapkan makanan untuk 2000 orang dalam satu jam. Di istana itu juga terdapat kolam renang yang menyerupai danau dan sebuah bioskop bawah tanah.

Nampak dak pembaziran dia?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

14 thoughts on “Kisah Pembaziran Seorang Kaya Arab Yang Pffft!”

  1. hafiz says:

    Dah terlebih kaya duit tak tau nak buat apa
    hafiz recently posted…Cek dari NuffnangMy Profile

  2. Insha Allah.. tahun depan kot gua kaya macam dia ni… doa-doakan lah…
    eekeke.
    SilenceBlogz.. recently posted…Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 Tahun 2013My Profile

  3. Zuan says:

    dia ni islam ke?
    Zuan recently posted…Tips Mintak Duit Raya Dengan UncleMy Profile

    1. Jabbir says:

      Sah2 ISLAM

  4. FaizAlias says:

    Kaya-kaya…..tapi kekayaan itu perlu disalurkan di tempat yang betul 🙂
    FaizAlias recently posted…5 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Nama Domain SendiriMy Profile

  5. kucinghitam says:

    orang arab ni memang membazir tgk time makan sudah la…
    kucinghitam recently posted…HEADER BARU KUCINGHITAM.NETMy Profile

  6. sis92 says:

    Ada baiknya dia bagi duit dia tu kat gua buat bayar hutang ptptn hahaha
    sis92 recently posted…Apa itu aplikasi Path dan fungsinya ?My Profile

  7. zara aulia says:

    aku sokong yang bab bagi aku skit untuk bayar ptptn tuh…

  8. wan says:

    membazir apanya????… xda yg mmbazir!!!!!!!!… itu semua harta dia…….

  9. World WarZ says:

    Setuju dengan wan..
    Itu semua harta dan duit dia dan terpulang kepada dia untuk berbelanja.. Apa guna jadi seorang yang kaya raya tapi selera dan jiwa macam orang miskin.. kalau begitu tak payah lah dia berkerja keras dan jadi bisnesman besar kalau selera seperti orang fakir. Baik dia jadi kerani pejabat pendaftaran aje kehkehkeh…

    Yang penting dia membayar zakat harta dan tanggungjawab dia sudah tertunai..
    ((sebenarnye Al Walid tu abang sulung aku kehkehkeh)

  10. vcore says:

    lebih baik menderma

  11. Bahrain says:

    Banyak sangat duit nie kalo derma kat orang ni takdelah orang miskin..
    Bahrain recently posted…Kontes Review Klinik CintaMy Profile

  12. takut kaya mcm ni nanti mati nak masuk syurga susah .. sebab tu Rasulullah S.A.W sunnahkan kita untuk bersederhana walaupun baginda seorang pemimpin..
    NieynaSakinah ZA recently posted…Hadiah RM700++ Untuk DimenangiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge