Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

beggar_02.jpg

Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan – Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad SAW meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. Iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah SAW pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”

Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”

Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda.

Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham.

Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian.Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”

Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan

gambar hiasan

Nota:

1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.

2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

12 thoughts on “Kisah Nabi Muhammad Mengajar Kita Keluar Dari Kemiskinan”

  1. Ustazah Ain says:

    Sadaqo Rasulullah …ikhtibar yang sgt baik

    1. kucinghitam says:

      harus dijadikan teladan
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. Usaha perlu untuk kita keluar dari kemiskinanan…

    1. Ummar Farouk says:

      Berusahalah utk keluar drpd kepompong kemiskinan…
      Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

      1. kucinghitam says:

        kemiskinan tu masalah perangai
        kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      lkalo pemalas memang la xkaya2 jawab nyer
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. Usaha perlu untuk kita keluar dari kemiskinanan

    1. kucinghitam says:

      yup banyakan berusaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. Untuk maju kita harus berusaha… tidak saja berpeluk tubuh… sebenanrya banyak maksud tersirat dari kisah tersebut

    1. kucinghitam says:

      yup jgn la nak berangan senang kalo xusaha
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. fyna says:

    subhanallah.. perkongsian cerita yang sepatutnya diketahui umum dan menjadi ikhtibar untuk diri kita.
    fyna recently posted…Review Blog Bersama : http://www.mindasyukri.comMy Profile

  6. Ummar Farouk says:

    Hadis ini menyuruh kita supaya kena sentiasa berusaha dgn bekerja dan jgn jadi spt ayam daging (yamda) iaitu manusia yg makan tidur sama seperti perbuatan haiwan…
    Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge