Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali | Dari jauh, Pulau Gaiola di Naples, Itali kelihatan cantik dan jadi destinasi percutian. Tapi ternyata, pulau ini konon dikutuk. Ada berderet kisah misteri yang menyelimuti pulau ini.

Cantiknya Pulau Gaiola di Teluk Naples, Itali ini membuat kawasan ini dilindungi. Pulau yang berada di kawasan Taman Bawah Laut Gaiola ini menjadi tarikan tersendiri bagi para pelancong terutama semasa musim panas.

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali2

Terdapat dua pulau kecil di sana, salah satunya vila yang tidak bertuan. Ada jambatan kecil yang kelihatan seperti semulajadi yang jmenghubungkan dua pulau tersebut. Dahulu, ada kuil kecil yang dikhaskan untuk Dewi Venus di pulau kecil bersebelahan yang bernama Pulau Euplea.

Sebenarnya masih banyak runtuhan bangunan kuno dari pulau tersebut. Kini runtuhan itu ada di dasar laut dan sudah jadi rumah bagi para hidupan laut. Misteri ada di vila megah yang tidak bertuan itu.

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali4 Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali3

Kisah kutukan ini bermula pada tahun 1920 di mana pemilik vila pada semasa itu adalah seorang yang berasal dari Switzerland yang benama Hans Braun. Ia ditemui terbunuh di dalam vila dalam keadaan terbelit karpet. Tidak lama, isterinya juga meninggal kerana jatuh ke laut.

Pemilik selanjutnya adalah orang Jerman bernama Otto Grunback. Ia meninggal kerana mengalami serangan jantung ketika berada di dalam vila. Maurice-Yves Sandoz jadi pemilik selanjutnya yang meninggal dengan cara bunuh diri semasa mengidap sakit mental.

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali5

Masih banyak lagi kisah aneh yang dialami para pemilik vila. Kebanyakan dari mereka, berakhir tragis tidak lama selepas membeli vila tersebut. Kini vila terkutuk itu tidak berpenghuni dan juga tidak bertuan. Namun para pelancong tetap datang ke pulau itu untuk bercuti.

Bermain di sekeliling pulau atau melancong ke pulau sebelahnya jadi aktiviti kegemaran para pengunjung. Agaknya, kutukan tidak berlaku bagi mereka yang hanya bercuti ke sana, asal tidak membeli vila!

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments