Kisah Iktibar – Ku Sangka Dia Orang Gila (Mesti Baca!!)

kisah-iktibar.jpg

Sekadar Hiasan

Kisah Iktibar – Ku Sangka Dia Orang Gila (Mesti Baca!!) | Alahu Rabbi! Terkedu, terkesima Dr Fuh baca kisah yang sangat menyentuh hati ni. Hampir juga menitiskan air mata. Memang terkesan dihati kisah ini. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

—————————————————————————————————

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..” Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan…

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

Sumber

Gambar diatas cuma sekadar hiasan

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

13 thoughts on “Kisah Iktibar – Ku Sangka Dia Orang Gila (Mesti Baca!!)”

  1. Aku speechless
    smoga makin ramai jd baik spt pmuda tu

    don’t judge a book by its cover kan?

    1. kucinghitam says:

      apapun bermula dari diri kita dulu
      kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  2. kita menilai orang dengan pandangan.. kita menilai orang dengan apa yang di pakai.. kita menilai orang dengan keadaa orang tu tapi kita tak pernah terlintas untuk kenal orang yang kita nilai dari pandangan mata kasar.. maka sebab tu la mata kasar kita ni sering menipu diri kita sendiri & membuatkan kita sering kena tipu dengan orang… renung renungkanlah..

    Panas >>VITAMIN C MAIXARA BUAT AKU RASA MENGANDUNG
    Wow >>Untuk Lelaki Saja.Perempuan Yang Ada ikatan sah dengan lelaki je boleh tengok
    Terbaik >>Untuk Mereka Yang Tak Mampu Beli iPhone 5 @ Samsung S4. Miliki Secara Percuma Sekarang
    Ehem >>YANG DAH JADI MAK JE BOLEH TENGOK
    SERIUS >>PEMINAT YUNA KENA TAHU PASAL NI
    Fuiyo >>20SEN PUN BOLEH BELI CINTA TAK CAYA JOM TENGOK VIDEO NI
    wOW >>NAK TAHU RAHSIA BESAR PELAKON IZARA AISYAH?
    suria lekatlekit recently posted…MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAHUMy Profile

  3. Ummar Farouk says:

    Mungkin malaikat ditugaskan utk menguji manusia. Sape tahu?
    Ummar Farouk recently posted…Kata-kata Seorang Gadis Syria Ini Membuatkan Gadis Melayu yang Lain Berasa Cemburu!My Profile

  4. ada pengajaran disebalik cerita ini… semoga kita semua mendapat ikhtibar dari kisah ini…

  5. ema says:

    selalu jg menghadapi situasi yg lbh kurang sama mcm td..so pengajaranya utk kita, jgn senang2 nak memandang hina pada org2 mcm ni. sesungguhnya mereka lbh mulia dari kita. bila kita selam dunia mrk, kita akn sedar betapa hebatnya dugaan yg Allah bg pd mrk dan mrk sedang menghadapi dugaan itu dgn sabar n penuh redha… ingatan utk saya juga.. insyallah…

  6. kucinghitam says:

    kebanyakan org suka menilai luaran ja
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

  7. World WarZ says:

    Aku suke tulis kontra dan menurut rasional maka samada korang suka atau tak aku apa pedulik
    kehkehkeh..

    Adakah mencari reda Allah dengan cara begitu merempat berbadan busuk tidak mandi dan terurus berkain pelikat kotor dan busuk dan tidak berbaju dan adakah itu caranye mencari keredhaan Allah cara yang terbaik.

    K nanti sambung lagi.., nak gi noreh
    “mana lak pisau noreh aku nie.., nie mesti alien dan curik wat makan steak dengan pisau aku tu.. kuang ajo…

  8. zden says:

    Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
    Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
    Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
    Biar rebah di hina kau tak berubah

    Kau menguasai selautan
    Yang tersembunyi di genggaman
    Nafi dan isbat kau sandingkan
    Sebagai tali pegangan

    Sufi kau hilang di pandangan
    Ada di dalam kenikmatan
    Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
    Andai tertutup tirai sufi
    Yang terang tidak nampak terang
    Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

    Inginku tempuh titianmu
    Dari kekasih ke kekasih
    Pengabdianku bersamamu kasih
    Biar rebah di hina kau tak berubah

  9. amir zahari says:

    Siapa sebenarnya orang tua tu? moral of the story, jgn pandang org dengan pandangan mata, kerana pandangan mata selalu menipu..T__T
    amir zahari recently posted…Izinkan Saya Berzina Dengan Anak PakcikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge