Kisah Di Sebalik “Puting Beliung” Melanda Johor

Punta_Gorda_waterspout.jpg

Kisah Di Sebalik “Puting Beliung” Melanda Johor –  Baru-baru ini fenomena puting beliung yang terjadi di Johor Bahru telah menggemparkan satu malaya dan telah menakutkan ramai orang. Namun ada kisah di sebalik puting beliung ini . Jom baca

“Puting Beliung” Melanda Johor

Semalam ramai yang kecoh apabila imej yang dikatakan “Puting Beliung” melanda Johor. Imej yang dirakamkan di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang itu begitu cepat tersebar di Facebook dan Twitter. Ramai yang melahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.

Bbwwp1PCUAADdSt

Namun Jabatan Meterologi telah mengesahkan imej tersebut adalah sebenarnya “Belalai Air” dan bukannya Puting Beliung seperti yang diperkatakan. Belalai air ialah suatu pusaran turus yang intensif (yang seringkali kelihatan seperti awan corong), berlaku di atas permukaan air (misalnya di laut). Ianya seringkali bersambungan dengan awan bentuk kumulus. kerap berlaku di iklim tropika. Fenomena ini selalunya berlaku ketika ribut petir dan ianya hanya muncul dalam tempoh masa yang singkat.

Kalau kita tengok imej di atas, sememangnya mengerikan. Boleh dibayangkan jika ianya menyerang daratan pastinya banyak harta benda yang musnah. Sebenarnya dalam keadaan cuaca sekarang, apa-apa pun boleh berlaku. Semoga Allah melindungi kita semua daripada musibah yang lebih besar.

Di bawah ini adalah satu bentuk Belalai air yang berlaku di Perairan Selatan Bandar Labuan pada 04 Disember 2012.

Kisah Di Sebalik Puting Beliung Melanda Johor1

Fenomena ‘Water Spout’ atau belalai air dikesan di Perairan Selatan Bandar Labuan pada 04 Disember 2012 kira-kira jam 7.45 pagi. Kejadian itu berlaku ketika angin kuat selama lebih kurang sejam. Fenomena belalai air terbentuk apabila corong awan yang menjulur dari dasar awan ke permukaan laut sehingga menghasilkan bentuk seakan-akan puting beliung.

Belalai Air Tidak Sekuat Puting Beliung

Belalai air secara amnya tidak mampu menandingi kekuatan puting beliung yang berlaku di darat. Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum “lenyap”. Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

science-extreme-weather-waterspout-florida_47520_600x450

Puting Beliung Dan Kemusnahan

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum “lenyap”. Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Kisah Di Sebalik “Puting Beliung” Melanda Johor”

  1. Hello colleagues, its wonderful paragraph regarding educationand completely explained, keep it up all the time.
    ps3 network card recently posted…ps3 network cardMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge