Kisah Benar Yang Menyayat Hati – Kasih Seorang Bapa

kisah-benar-menyayat-hati.jpg

Kisah Benar Yang Menyayt Hati – Kasih Seorang Bapa

Nak berkongsikan satu kisah benar kasih seorang ayah terhadap anaknya, kita semua mungkin bakal lalui pengalaman yang sama kelak. KERANA DIA SEORANG AYAH – Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai.

Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

“Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…

Sumber

Dr Fuh – Adakah kita selalu fikirkan dari mana duit mak ayah kita dapat untuk besarkan kita? Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan dan kesusahan mak ayah kita demi menyara hidup kita dengan lengkap? Renung-renungkanlah kisah benar ini, kerana kita juga bakal melaluinya.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

19 thoughts on “Kisah Benar Yang Menyayat Hati – Kasih Seorang Bapa”

  1. kebanyakkan anak-anak sekarang x reti nak hargai jasa mak bapak… sbb semua celik2 mata dah senang… ingat kita pun akan tua jugak… satu hari kita pulak jadi mcm tu.. hidup mcm roda.. hargai orang tua kita… bersyukur dgn apa yg ada.. yg lain tu bukan keperluan pun, itu semua lebih pada kehendak…

    1. kucinghitam says:

      betul dah banyak anak derhaka
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    2. eira says:

      oleh kerana itulah aku memilih untuk bermula segalanya dari bwah… wlpn berhajat untk smbung bljar mcm yg lain… tpi bila memikiran kesusahan yg ibu bpa aku akan tggung… aku memilih untuk kerja sja… memulakan segalanya dari bawah bukan sesuatu yg mudah… alhmdullah rezeki tuhan 2 ada dimna2 sja.. x berpelajaran tinggi x bermakna x da peluang untuk berjaya… selagi ada usaha… kejayaan itu akn myusur jua… tangga sudah pun aku mula daki.. cuma perlukan lebih lagi usaha… klu niat nk berjaya… x perlu nk susahkan ibu bapa… usaha dengan cara sendiri…

  2. anak2 perlu diasuh dr kecik dgn tidak memberi kemewahan. supaya mereka sedar dan belajar dr kesusahan. tapi sekarang terlalu dimanjakan.
    Carlos Santiago recently posted…BAN MiskinKaya – Pekerja Indonesia Yang Sangat Sadis Dan Menyayat HatiMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la masalah nyer makbapa sendir manjakan sgt
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

      1. spark_boy says:

        Kpd kucing hitam.. Kita tak boleh salahkan mak bapak kita .. Kita nie dah besar… So, kita kena fikirlah sama.. Kita dh besar, tak kan lah mcm tu pon mak bapak nk kena ajar lg?? Pandai2 lah fikir.. Cuma nasihat dan cadangan..

  3. Ummar Farouk says:

    Hargailah jasa org tua kita, kerana tanpa mereka siapalah kita ini…
    Ummar Farouk recently posted…Konflik Di Syria Telah Berjangkit Ke LebanonMy Profile

    1. kucinghitam says:

      hmmm kadang silap mak bapak gak anak ni terikut perangai
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. budak budak la ni tahu benda ada depan mata jer.. aku suruh kerja nnti baru tahu kan hahahhaha >..<

    1. kucinghitam says:

      suruh ja akak dera hahaha nanti akak kena tngkap sbb dera
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  5. kucinghitam says:

    tgk bdk2 skrg semua gedik2 ja tambah2 betina bkn perempuan ok
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  6. blogbob says:

    hargailah ibubapa dan kenangkanlah mereka sementara mereka masih ada

  7. Link exchange is nothing else but it is just placing the other person’s website link on your page at suitable place and other person will also do similar for you.
    Dr Drum Review recently posted…Dr Drum ReviewMy Profile

  8. FeEqAh says:

    saya sayang ayah dan ibu saya

    1. World WarZ says:

      Macam tulis karangan budak tadika aje..

  9. api says:

    serius mcm crita kat kedai aku buat part time dulu…
    api recently posted…9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia (9 Gambar)My Profile

  10. World WarZ says:

    Jangan pandang orang tak ada mata.. kalau dia datang nak beli lappy itu menunjukan dia ada duit, walau mungkin duit dia tak banyak namun dia memang ada duit untuk membeli barangan tersebut sebab tu dia berani datang membeli.
    Mungkin atau katakan lah pendapatan harian atau bulanan pakcik tu tak besar namun dia maseh boleh menyimpan maka itu bermaksud dia bukan fakir.
    Seorang fakir tidak akan membeli sebuah lappy kerana dia lebih rela membeli sebungkus makanan untuk keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge