Kisah Benar Wanita Cantik Ingin Menjadi Isteri Ke-2

Kisah Benar Wanita Cantik Ingin Menjadi Isteri Ke-2

Kisah Benar Wanita Cantik Ingin Menjadi Isteri Ke-2 | Sebuah kisah yang yang menarik bayangkan bertuahnya isteri dapat suami seperti ini Seorang lelaki yang telah mempunyai isteri secara kebetulan bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik di kantin sebuah syarikat kemudian mereka mengambil nombor fon masing-masing

Malam harinya si gadis mulai Whats up lelaki tersebut

Gadis : Abang hebat ya. rajin, dan berjaya pula tu

lelaki : Terima kasih ye 🙂

Esoknya si gadis menghubungi sekadar bertanya khabr

Gadis : Bila iye kita boleh jumpa dan makan bersama?

Lelaki : ok saje.. bila2 masa pun boleh tak de masalah

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui whats up dan telepon, sesekali jumpa sambil makan tengahari

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka. Sampai suatu hari, gadis tersebut whats up :

“Awak… Sebenarnya saya sukakan awak , saya tau awak dah ada isteri , tapi saya sanggup dimadukan menjadi isteri yang kedua saya minta maaf jika luahan hati saya membuatkan awak serba salah tapi memang saya sukakan awak

Dengan berat hati lelaki itu menjawab : “awak, saya faham yang yang awak rasa… tapi dengan berat hati saya tak sanggup terima awak sebagai isteri kedua saya. Memang saya akui awak sangat cantik semua lelaki sukakan awak

Mungkin awak tak tahu sebenarnya rahsia kejayaan saya ini disebabkan oleh sokongan dan dorongan isteri saya tanpa beliau saya takkan berjaya seperti apa yang awak lihat ini.Maaf apa yang saya ingin katakan sebenarnya awak tidak ikhlas menyintai saya awak hanya lihat kekayaan dan kejayaan saya sahaja.Sedangkan isteri saya sentiasa bersama saya dan sentiasa menasihati saya berbuat baik.

Saya tidak sanggup lukakan hati isteri saya tercinta sekiranya awak berkahwin dengan saya awak terus memetik hasilnya.Sedangkan kami bersusah payah daripada sehelai sepinggang dan di pandang hina oleh masyarakat isteri sayalah pemberi semangat untuk saya bangkit dari kesusahan

Saya akui awak memang wanita yang cantik tapi isteri saya lagi cantik lagi sekali saya mohon maaf saya tidak dapat menerima awak sebagai isteri saya dan menolak cinta awak saya doakan awak dapat lelaki yang lebih baik dan kaya dari saya.

Read more: http://www.beritahariann.net/2014/05/kisah-benar-wanita-yang-cantik-sanggup.html#ixzz33EC7J9oj

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments