Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

kisah-benar-pramugari.jpg

Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya, Kisah Nyata, Kisah Benar Misteri Hantu Raya, Kisah Seram, Punca Diganggu Makhluk Halus, Kena Rasuk Hantu

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Kosmo

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

21 thoughts on “Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?”

  1. macam macam kan… tpi hantu raya mmg boleh mejelma jadi rupa org.. hurm scary

    1. kucinghitam says:

      memang scary cik pari eh pari2 ni jin kan hahaha
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    2. lolicaroline says:

      Kelebihan yg ade pade jin yg di beri Allah ..http://www.Cashforvisits.com/index.php?refcode=44275j

  2. Ummar Farouk says:

    Sungguh menakutkan…
    Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

    1. kucinghitam says:

      eeee apap tu kat belakang umar
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  3. selalunya hantu raya ni ada yg membela

    1. kucinghitam says:

      org dulu2 la
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. kucinghitam says:

    hantu raya nie hantu yg paling kuat sex hahaha
    kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

  5. kau ni kucen itam lain tak dop ko pikir sex sex sex cer sekali sekala fikir pasal sexafon plak ekekekeke

    1. haris says:

      saya pun pernah tgk benda berbulu tu semasa tggl di salak tinggi nilai dulu.

  6. vcore says:

    mintak simpang la.seram

  7. ajemie says:

    soft seram, 1.saya nampak kelibat bayangan minah bertudung cun lalu dibelakang rumah saya waktu malam walhal jalan berlakang berkunci.
    2. Masa berlaku hampir perkara 1. Semasa saya baring disofa saya nampak bayangan kelibat lelaki menuju ke dapur.

  8. cik effah says:

    eee..seram nya…
    cik effah recently posted…Kempen kebersihan..??My Profile

  9. amir zahari says:

    hantu raya biasanya dibela, diwarisi..

    1. Nani says:

      as salam.. Saya tinggal di kedah, ciri2 gangguan sama yang berlaku di rumah keena, cuma tak lah seganas sampai nak tunjukkan jelmaan ular hitam.. Tapi dlm mimpi ada yg di alami oleh anak2.. Bunyi bising seperti org pindah rumah, bunyi pantulan guli, bunyi org baling batu di syiling rmh, bunyi org buka n tutup pintu dan bunyi org berjln atau naik turun tangga mmg selalu terjadi.. Gangguan emosi seperti pergaduhan rumahtangga mmg sering terjadi terutama mlm selasa, jumaat dan sabtu.. Saya dah berubat merata ustaz pun pernah dtg ke rmh utk berubat.. Hanya sementara ja.. Dtg balik gangguan tu… Sekarang ni mmg putus harapan, hanya berbekalkan ayat kursi setiap kali lps sembahyang dan sblm tidur.. Dan tengah dok berkira2 nak jual ja rmh ni.. Saya x pasti sama ada benda ni di hantaq atau tapak rmh tu sendiri… Saya pernah sakit dlm kepala selama 3 tahun, saya masuk specialist buat MRI dan CT Brain.. Doktor kata tiada masalah, mungkin hanya migrain yg kronik saja.. Smp adik saya bawa saya jumpa ustaz di batu cave, setelah berubat 2 hari berturut2, sakit saya mcm “kutail tauk buang..” smp la ni tak payah mkn ubat hospital yg berkandaq2 tu.. Alhamdullillah.. Tp, gangguan rmh ja yg tak hilang… Ustaz ada cakap, yg benda tu org antaq, ustaz dah antaq balik benda tu, tp, dah hampir setahun, benda tu mai blk, saya tak bolah nak berulang kerap ke tmp ustaz sbb faktor keja n kewangan…
      luahan saya sekadar pengkongsian apa yang terjadi…

  10. zalmi salleh says:

    saya mngalami gangguan tp tidak seteruk Keena.Ianya bermula pd Mac thn lps dan dh 4 org Ustaz saya berikhtiar utk mghilangkan gangguan.ada kata saka, ada kata hantu raya tanpa tanda2 gangguan saya tidak boleh berseorangan dlm bilik utama.akan rasa seram dan berdiri bulu roma, jantung akan berdegup kencang. mmg rasa mudah marah, kurang sabar. Sekarang sdg berusaha berubat dengan Ustaz Uzip-PURIDAS Gelugor Kedai

  11. Terbaru says:

    seram banget
    Terbaru recently posted…Kata Kata Motivasi LucuMy Profile

  12. malbath says:

    Betol ka? atau cuma halusinasasi saja.. Cuma berlaku pada mereka yang lemah semangat atau tiada aura saja kan??

  13. cik cila says:

    takutnya! sy slalu gak rsa kna tindih. nk kta tidur mata blh nampak keadaan bilik, tp xblh bgerak, xblh bsuara..smpailah sy jerit kuat2 nma Allah dlm hati bru lepas! skrg sjak sy amalkan bca ayat kursi dn bismillah 21 kali seblum tdo Alhamdulillah dh xde lg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge