Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT

kisah-benar-keadaan-jenazah-penuntut-UMT-fuh.my_.jpg

Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nampak gayanya Dr Fuh dah semakin tertarik untuk berkongsi artikel-artikel berkisarkan kisah benar dan kisah nyata. Seronok sebenarnya baca kisah-kisah benar ni, banyak manfaatnya terutama sekali untuk pengajaran kita. Kisah benar kali ini Dr Fuh kongsi dari laman informasi.my. Jom kita hayati kisah benar ini dan jadikan sebagai panduan serta pengajaran buat kita.

Setiap manusia mahu pengakhiran hayatnya dalam keadaan yang baik. Namun dalam merebut khusnul khatimah itu, seseorang itu perlulah taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang Nya. Dr Fuh mahu berkongsi dengan anda tentang kisah seorang pemuda yang telah keluar berdakwah dan takdir Allah, dirinya telah meninggal duniakerana lemas. Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda tentang gambaran keadaan jenazah tersebut.

Kisah Benar Bermula

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Markaz Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

kisah benar keadaan jenazah penuntut UMT - fuh.my

Gambar hiasan

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

Maha benarlah firman Allah,

Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah [Ali –Imran: 167-170]

Begitu juga hadith Nabi saw,

Hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berpeluh dahinya” (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

Wallahualam

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Kisah Benar Keadaan Jenazah Remaja Penuntut UMT”

  1. Irwan Alessa says:

    Kisah yang semestinya membawa keinsafan buat kita yang masih ada di dunia ini..
    Irwan Alessa recently posted…Jadi Blogger Perlu Bijak..My Profile

  2. sensasi2020 says:

    Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.
    sensasi2020 recently posted…Keyword “Melayu Boleh” Contest SEO Anjuran Beritakaki OnlineMy Profile

  3. semoga kita mendapat pedoman dari kisah ni…. amin

  4. Ummar Farouk says:

    Subhanallah! semoga kita tergolong dalam golongan org yg syahid di jalan Allah.
    Ummar Farouk recently posted…Pintu Jihad Akhirnya Terbuka Untuk Kita Dan Umat Islam Seluruh Dunia!My Profile

  5. ciyai says:

    bagus peulis ni… faham tentang usaha agama… masih baynyak lagi org diluar sna tidak faham tentang usaha agama(tablig) ini…

  6. FaizAlias says:

    semoga kita semua mati dalam iman
    FaizAlias recently posted…Bisnes Affiliate dan Teknik PromosiMy Profile

  7. muja says:

    :'(

    moga muja pun akan syahid dalam menyebarkan ilmu,, moga bermanfaat ilmu yang disebarkan nanti,, amiin :'(
    muja recently posted…Test Market Atas ManusiaMy Profile

  8. World WarZ says:

    Firman Allah..
    “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

    (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)

  9. katanajeeb says:

    Innalillah…. Semoga amalnya diberkati..

    Al Fatihah…
    katanajeeb recently posted…Berkorban di AidilAdhaMy Profile

  10. Adi says:

    Al Fatihah, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman
    Adi recently posted…Ducati Panigale 1199 S Senna Di Lancarkan – Penghormatan Kepada Lagenda F1My Profile

  11. NOREHAN SAAD says:

    semoga kita juga tergolong dalam golongan yang mati dalam keadaan husnul khotimah….
    NOREHAN SAAD recently posted…MAKANAN YANG BOLEH MENGHASILKAN ANGIN DALAM PERUTMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge