Kisah Benar Kanak-Kanak Luar Biasa Yang Menggemparkan Rakyat China

kisah-benar-luar-biasa.jpg

Kisah Benar Kanak-Kanak Luar Biasa Yang Menggemparkan Rakyat China | Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Diantara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang  berfikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang dibeli olehnya. Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah yakin dia boleh melakukannya, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da

”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak tauke, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa. – sumber asal

Dr Fuh – Bersyukurlah kita dilahirkan dalam keluarga yang serba mencukupi sedangkan ramai lagi orang yang lahir dalam keluarga yang amat daif dan terpaksa bersusah payah untuk survive dalam meneruskan hidup. Apa yang mengharukan lagi, dalam keadaan sebegitu kanak-kanak ini sangat setia menanti ibunya. Semoga mereka yang susah di luar sana kuat dengan dugaan oleh Nya dan semoga kita tidak hayut dan lalai dengan nikmat Nya.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

40 thoughts on “Kisah Benar Kanak-Kanak Luar Biasa Yang Menggemparkan Rakyat China”

  1. fyna says:

    sangat sebak. kuat ye budak tue. seorang yang tabah.
    fyna recently posted…Review Blog Bersama : http://www.mindasyukri.comMy Profile

    1. kucinghitam says:

      yup sungguh tabah
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. miss abie says:

    sy sgt salute budak kecik ni. mmg kuat cekal hati. bukan smua org ada kluarga yg bahagia dan dapat merasakan kasih syg zaman kanak2 yg riang dan mewah.. (T_T)

    1. kucinghitam says:

      kalo la semua budak macam nie sng makayah
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  3. onlajer says:

    bukan sayang kan anak tangan – tangan kan
    onlajer recently posted…Water Filter Itu keperluan?My Profile

    1. kucinghitam says:

      agak2 la tgk la situasi
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. lily says:

    aku nangis bace citer ni. okbai!

    1. kucinghitam says:

      alahai nages katanyer
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. mengharukan…tsktsktsk… T.T
    pinkbubblegumprincess recently posted…Saps semakan markah ditutup sementara: Biar betul?My Profile

  6. semoga ibu dia kembali ke pangkuan Zhang

    1. Ummar Farouk says:

      Jangan percaya ibu dia kembali, nanti syirik jadinya… Kalau ibu angkat atau ibu tiri bolehlah dibuat andaian… Kbai…
      Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

      1. ayamgoreng says:

        Ummar Farouk
        ape nak syirik plak.. ibu die hidup lagi la……

        1. rizaine says:

          maka ko tau mak dia hidup lg?

          1. Sya Lala says:

            Dalam tu takde pun ckp mak die dah mati .

          2. Nur Syamimi says:

            a’ahh betul tu..dlm tu tak de pon ckp mak die dah mati..soalan umum tu

  7. semoga siapa yg baca kisah ni akan ambil iktibar… kisah kasih sayang seorang anak dan pengorbanan

  8. Daxx says:

    Ibu yang tak bertanggungjawab gitu. ish ish ish
    Daxx recently posted…Ustaz Azhar Idrus: Hukum Panggil Mama & Papa + VideoMy Profile

  9. Kelbros says:

    seorang anak yg hebat!
    Kelbros recently posted…Solat itu WAJIBMy Profile

  10. CIK PENSIL says:

    Ibu dia hidup lagi?

  11. Link exchange is nothing else but it is just placing the other person’s web site link on your page at suitable place and other person will also do same in favor of you.
    reklama parkowa lubin recently posted…reklama parkowa lubinMy Profile

  12. Ummar Farouk says:

    Moral of story, ibulah yg paling diutamakan berbanding yg lain…
    Ummar Farouk recently posted…Mana Satu Anda Pilih? Masa Muda Atau Masa Tua?My Profile

  13. nabila biela says:

    mmg smgat budak ni….
    nabila biela recently posted…Blog Aku Dah Ada Watermark!My Profile

  14. terharu pulak saya baca.. Harap mak dia menyesal & balik kepangkuan keluarga. Kekuatan yang luar biasa Allah kurniakan pada kanak2 ini.
    lekatlekitgurl recently posted…KISAH SEJADAH KALAHKAN PISAUMy Profile

  15. ini dah baca mari baca di blog ini berita terbaru
    Cerita apakah recently posted…Orang Kaya Gilakan Susu IbuMy Profile

  16. ismiqbal says:

    dia tetap nak ibunya kembali walaupun ibunya dengan sukarela meninggalkan mereka….
    ismiqbal recently posted…Tutorial# : Buat Float-Follow-ButtonMy Profile

  17. Mawardiyunus says:

    :”( kasih sayang tu paling utama
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  18. reklama says:

    I have been surfing online more than 3 hours today, yet I never found any interesting article like yours.
    It’s pretty worth enough for me. Personally, if all web owners and bloggers made good content as you did, the net will be much more useful than ever before.
    reklama recently posted…reklamaMy Profile

  19. Hi, I check your blogs like every week. Your humoristic style
    is awesome, keep doing what you’re doing!
    uslugi reklamowe recently posted…uslugi reklamoweMy Profile

  20. sara says:

    Sangup mak dia bt mcm tue.. Cian budak tue..

  21. Wow that was unusual. I just wrote an very long comment
    but after I clicked submit my comment didn’t show up.

    Grrrr… well I’m not writing all that over again.

    Anyway, just wanted to say wonderful blog!
    |cukrzyca przyczyny recently posted…|cukrzyca przyczynyMy Profile

  22. Lan_careno says:

    Ya Allah… tabahnya si anak tu… mcm mana dia bleh sekuat tu…

  23. mader96 says:

    sedih baca ceita ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge