Subhanallah! Jenazah Ibu Masih Elok Selepas 30 Tahun Ditanam

kisah-benar-isteri-solehah.jpg

Subhanallah! Kisah Benar Jenazah Ibu Masih Elok Selepas 30 Tahun Ditanam. Apakah Amalannya Ketika Beliau Hidup? | Kisah ini adalah kisah benar yang dikatakan berlaku di negara Indonesia. Dr Fh kongsikan dari laman Amekaw. Jom kita baca dan ambil ikhtibar dari kisah ini.

Kisah Benar

Seorang anak telah bermimpi didatangi ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun.

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar. – Sumber

 Wallahu’alam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Subhanallah! Jenazah Ibu Masih Elok Selepas 30 Tahun Ditanam”

  1. Ummar Farouk says:

    Subhanallah! Pengajaran ni mesti kaum hawa kena ikut…
    Ummar Farouk recently posted…Setuju Tak Jika Hati, Akal dan Nafsu Menjadi Komponen Penting Dalam Diri?My Profile

  2. kuasa Allah tak de sapa yg boleh challenge

  3. sufian says:

    apa yg saya belajar dari alim ulama dan ustaz2, menguruskan rumahtangga BUKAN TANGGUNGJAWAB dan TIDAK WAJIB bagi isteri. isteri hanya membantu. Quran hanya menekankan tanggungjawab isteri ialah melayan suami dan taat pada suami. mengurus rumahtangga adalah atas kesedaran dan amanah kedua2 suami dan isteri dan ianya tanggungjawab bersama. wallauhalam.. kena refer semula pada ustaz2 dan alim ulama. cerita dah cantik dah cuma part last tu saya kurang setuju bedasarkan dgn apa yg saya belajar.

    1. permata nurani says:

      Sy pn blaja mcm tu jgk…dua2 kna amek peranan..tgjwab bersama bkn hnya pd istri shj…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge