Kisah Benar Ibu Ini Sanggup Jual 4 Anak Untuk Menyara Hidup

kisah-benar-sara-anak.jpg

Kisah Benar Ibu Ini Sanggup Jual 4 Anak Untuk Menyara Hidup | Beijing – Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.

Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.

Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.

Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.

“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.

“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. “Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.

Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.

“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.

“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.

Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.

Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.

Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Kisah Benar Ibu Ini Sanggup Jual 4 Anak Untuk Menyara Hidup”

  1. Dalam kes ni aku tak nampak si ibu ni salah.. Mungkin dia fikir masa depan anak2 dia jugak. Dia bukan jual organ anak dia tapi dia bagi anak dia kat org utk di jadikan anak angkat.. selain ada jaminan masa depan untuk anak2 dia.. juga dapat ringankan bebanan hidup dia. Mana ada sorang ibu suka2 nak bagi anak kat orang tanpa sebab.. kalau ada pilihan takde ibu sanggup bagi anak dia kat orang

    Wah >>Untuk Kaki Makan,Kaki Upload Gambar Makan,Kaki Jalan2 cari makan. Mesti tahu pasal ni
    wOW >>NAK TAHU RAHSIA BESAR PELAKON IZARA AISYAH?
    Beware >>Awas Ibu Ibu.. Rahsia anda sedang di intai
    Terbaik >>PELUANG PENYOKONG MAN UTD KE SYDNEY.CEPAT!!
    suria lekatlekit recently posted…VITAMIN C MAIXARA BUAT AKU RASA MENGANDUNG KALI KE DUAMy Profile

  2. saimi says:

    macam-macam dunia sekarang ini.
    saimi recently posted…Pekeliling Gaji Bulan Julai 2013My Profile

  3. kesian mungkin dia x ada pilihan lain utk sara diri, memandangkan dia pun kurang upaya… so dari dia bunuh anak dia… lebih baik dia jual pada org supya dia dan anak dia dpt meneruskan penghidupan… mungkin org akan pandang hina pada dia… tapi sebenarnya itulah pengorbanan seorang ibu…. hurm x setuju dgn aku??… tak pe itu hanya pandangan ikhlas aku… 🙂

  4. Ummar Farouk says:

    Tak dapat ku bayangkan betapa sedih dan pilunya kehidupan mereka…
    Ummar Farouk recently posted…Pintu Jihad Akhirnya Terbuka Untuk Kita Dan Umat Islam Seluruh Dunia!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge