Kisah Benar Di Masjidil Haram Akibat Tonton Video Lucah

kisah-benar.jpg

Kisah Benar Di Masjidil Haram Akibat Tonton Video Lucah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Hari ini Dr Fuh nak share salah satu kisah benar yang menarik dan cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang jemaah Haji. Begini kisahnya….

Kisah Benar Di Masjidil Haram

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

Sumber Asal

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Kisah Benar Di Masjidil Haram Akibat Tonton Video Lucah”

  1. anuar says:

    Subhan Allah… inilah bukti kekuasaan Allah… di Mekah kita akan mendapat balasan secara Cash bagi dosa yang telah kita lakukan..
    anuar recently posted…Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 56 : Bersyukurlah dengan nikmat yang ada…My Profile

  2. Razman says:

    Betulkan niat dulu dan akhlak sebelum ke tanah suci.
    Razman recently posted…BismillahirrahmanirrahimMy Profile

  3. Subhanallah.. Di dunia lagi Allah dah bagi balasan cash.. Blm masuk lagi balasan akhirat tu.. Ambil pengajaran.. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang taat.. Amin!
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  4. hafiz says:

    Memang sesuai dijadikan pengajaran ni..,
    hafiz recently posted…Selamat Hari Merdeka ke 56My Profile

  5. cik Ain says:

    MasyaAllah… besar sungguh kuasa Allah..
    balasan bagi orang yang suka membuat larangan Nya..

  6. vcore says:

    pengajaran.jangan menonton video lucah

  7. JOBS VIEW says:

    moral of the story…jangan buat benda tak elok…pasang niat ke tanah suci…bertaubat…
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with PUSPAKOMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge