Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun

peluk-islam.jpg

Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca laman fuh.my yang dikasihi seantero alam. Pahabaq harini? Petang ni Dr Fuh nak share satu kisah pengislaman bekas pencecah tatu kepada ahli mafia yang paling digeruni di negara Jepun iaitu yakuza. Bangaimana dia boleh mendapat hidayah untuk memeluk Islam? jom kita baca kisah benar ni!

Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tatu, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas pengukir tatu untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘pembuat tatu’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadah, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimah bersama-sama dia,” ujarnya

Kalimah itu adalah Syahadah, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih lagi terbuku di hati Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.

Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun. – sumber

Sedikit fakta tentang negara Jepun

  • Populasi di Jepun: 127,000,000
  • Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000
  • Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300
  • Jumlah imam Jepun di Jepun: 5
  • Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1

Dr Fuh – Allahu Rabbi. Benarlah kata Allah tiada yang mustahil dalam dunia ini. Sejahat mana pon seseorang itu, kalau Allah bukakan pintu hatinya, maka tak mustahil dia akan menjadi lebih baik dari kita.

Wallahu’ Alam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun”

  1. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum……

    Sesuatu perkara akan berubah dengan tidak disangka-sangka atas kehendak Allah SWT. Bukan sahaja hidayah dan petunjuk diberikan pada orang yang telah Islam keturunannya, malah rahmat Allah SWT itu juga untuk mereka yang masih kafir… Rezeki dan rahmat Allah SWT adalah untuk seluruh alam…..
    Ahmad Zaki recently posted…Model kereta Kancil dikeluarkan semula secara rahsia: design baru,paling mesra alamMy Profile

  2. seronok bila baca orang-orang bukan islam ni mendapat hidayah dan peluk agama islam

  3. Tak ramai yang mendapat hidayah mcm ni

  4. hafiz says:

    alhamdulillah bertambah lagi umat islam didunia…
    hafiz recently posted…Wordless Wednesday #26 : Gelagat hero-herokuMy Profile

  5. Ummar Farouk says:

    Subhanallah! Hidayah Allah kalau nak diturunkan pada sesiapa shj tak kenal bangsa!
    Ummar Farouk recently posted…Celik Mata Hati – Antara Tahu Dan SedarMy Profile

  6. Bidadari says:

    Subhanallah. Kuasa Allah. Orang kafir berlumba-lumba nak jadi seorang muslim yang baik tapi malangnya orang yang dari lahirnya Islam berlumba-lumba jadi seperti dorang.. 🙂
    Bidadari recently posted…Telatah : Lagak Buang Air BesarMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Betul tu… Contoh yg dapat kita gambarkan terkini ialah pengaruh k-pop yg dah berleluasa dan anak2 muda khususnya golongan wanita begitu taksub sekali dgn pelakon dan penyanyi korea…
      Ummar Farouk recently posted…Konflik Di Syria Telah Berjangkit Ke LebanonMy Profile

    2. onlyme says:

      aku sorg mualaf,, sebelum ini aku beragama kristian,,,perkataan kafir yg digunakan bg yg beragama selain islam terlalu biadap digunakan,,, mereka juga mempunyai pegangan agama seperti anda,,,kepercayaan mereka dan kepercayaan anda mmg berbeza,,aku jua spt anda skrg,,tapi haruslah hormati. semua agama mengajar umat atau pgikutnya kearah kebaikan,, cuma cara & kepercayaan masing2 berbza,, ingat,,, agama selain islam bukan kafir,, cuba ubah diri kearah kebaikan,, jgn menuduh org kafir jika diri sdri berckap seperti org yg tidak mempunyai agama,, adakah bebicara spt itu membuatkan diri lbh baik atau mulia dr org yg dipanggil dgn prkataan kafir????? fkir2 kan lah,,,, maaf jika ada perkataan yg terkasar,, 🙂

  7. Hidayah itu milik Allah tanpa mengira siapapun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge