Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi

Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi. yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet adalah SALAH sebenarnya banyak khasiat yang kita mungkin taktahu.

Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi | Bagi sesetengah orang yang hendak diet itu harus baca artikel ni, Sebenarnya tanggapan kita salah tentang pengambilan nasi. Jom baca artikel tentang Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi.

Khasiat Yang Terdapat Di Dalam Nasi

Untuk yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.
Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:

Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.
Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.
Kaya Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, tiamin dan riboflavin.
Tekanan Darah Tinggi: Seperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah, dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang menderita tekanan darah tinggi dan hipertensi.
Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi tubuh daripada pembiakan sel kanser.
Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.
Kulit: Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan oleh pengamal ayurveda sebagai ’krim‘ yang berkesan untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.

Beras Putih VS Beras Perang

Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua dua sama je. Yang penting, kenyang!’. Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:

  • Beras gandum/perang
  • Beras putih

Beras Putih

Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.

Beras Perang

Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:

  • Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
  • Mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
  • Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.

Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments