Khasiat Bawang Putih Dalam Perubatan Tradisional

the-health-benefits-of-garlic-ga-6.jpg

Khasiat Bawang Putih Dalam Perubatan Tradisional| Dewasa ini, kita juga perlu mengambil cakna terhadap rawatan perubatan tradisional untuk mengubati penyakit dalaman yang kita hadapi.  Di sini Luna ingin kongsikan serta  menekankan tentang khasiat bawang putih dalam perubatan tradisional. Di zaman millenium yang mempunyai perubatan moden yang canggih ini juga memerlukan rawatan alternatif untuk kesembuhan yang cepat. Di bawah adalah beberapa khasiat bawang putih yang Luna dapat dari hasil pencarian yang Luna lakukan.Mungkin kita tidak mengetahui khasiat bawang putih sebelum ini, jadi Luna nak ajak korang sama-sama menerokai kelebihan bawang putih ini.

Jom meneroka dan mengembara bersama Luna Nana.

KHASIAT BAWANG PUTIH

A)  Bawang putih sebagai antibiotik dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikro organisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Bawang putih begitu kuat sehingga ia mampu memusnahkan sebahagian organisme yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling kuat. Tetapi tidak seperti ubat biasa, bawang putih tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya. Oleh itu, bagi mereka yang menghidap selesema, flu, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain yang berjangkit, maka bawang putih baik untuk kesihatan. Bagi jangkitan dalam telinga, minyak bawang putih yang dititik ke dalam telinga dikatakan ramuan yang berkesan.

B)  Bawang putih juga dapat mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun, termasuk logam berat, dari tubuh. Maka tidak diragui bahawa ia boleh membantu pesakit kanser dan penghidap penyakit serius lain kerana penyembuhan lebih mudah berlaku apabila darah menjadi bersih. Ia juga dapat membantu kes-kes kanser yang jauh di dalam tubuh, seperti kanser usus besar, hati, pankreas, prostat, rahim dan tulang.

C)  Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung.  Bawang putih mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah. Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam salur darah yang sebahagiannya disekat oleh himpunan kolesterol. Dengan itu kuranglah berlaku serangan jantung. Jadi, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.

KHASIAT BAWANG PUTIH YANG LUNA TEMUI SELAIN DI ATAS ADALAH :-

1. Menggelakkan pertumbuhan sel kanser.

2. Melambatkan proses penuaan.

3. Menurunkan kadar kolestrol dan meredakan stess.

4. Menghilangkan tekanan darah tinggi.

5. Meningkatkan insulin darah bagi penghidap Diabetes.

6. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.

7. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit.

8. Menjaga stamina tubuh badan manusia.

9. Merawat angin,gastrik, astma, batuk dan selsema.

10. Mengatasi dan melegakan sengugut.

11.  Mengubati luka.

12. Mengandungi vitamin A, B, C, potassium dan kalsium.

NOTA LUNA NANA : Setiap peyakit yang Allah turunkan kepada hambaNya pasti ada penawarnya. =)

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Khasiat Bawang Putih Dalam Perubatan Tradisional”

  1. kucinghitam says:

    XSUKA BAWANG PUTIH HUHU TP MCM BANYAK JER KHASIAT DIA
    kucinghitam recently posted…WORDLESS WEDNESDAY : KAKTUS BERBENTUK ZAKARMy Profile

  2. baby comel says:

    bawang putih ni bahan penting dalam masakan, banyak eh khasiat dari segi kesihatan dia eh.
    baby comel recently posted…Penenang JiwaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge