Kesian! Tikus Ini Disiksa Kejam Hanya Kerana Makan Duit

tikus-disiksa.jpg

Kesian! Tikus Ini Disiksa Kejam Hanya Kerana Makan Duit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang sayangi dan dikasihi semua. Kat sini mesti ramai yang tak suka dan geli dengan tikus bukan? Walau sehajat mana pon binatang kita sebenarnya tidak boleh menyiksa mereka kerana mereka juga makhluk tuhan. Lebih baik dibunuh terus jika haiwan tersebut mengancam keselamatan atau haiwan perosak. Di Palestine lain pula ceritanya dimana seekor tikus yang didapati telah memakan duit gaji seorang lelaki telah disiksa, Jom baca artikel lanjut dibawah ini.

Mesti anda tertanya-tanya mengapakah seekor tikus ini dilihat dalam keadaan keempat-empat kakinya diikat setiap penjuru. Kasihan apabila melihatnya. Difahamkan, tikus itu diikat oleh seorang lelaki kerana terlampau geram dengan haiwan tersebut yang memakan semua kepingan not kertas hasil gajinya diterima. Memang sakit hatilah. Tetapi tindakan sebegini ternyata menyeksa haiwan berkenaan.

Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat turun imej berkenaan dalam laman Facebook.

Menurut sumber, lelaki yang berasal dari Hebron di Tebing Barat tetapi kini tinggal di Gaza itu mengikat tikus berkenaan dengan tali selepas haiwan berkenaan menyelinap masuk ke dalam almari pakaiannya dan memakan tiga not wang berjumlah ILS200 Shekel (RM181), gaji yang diterimanya. “Lelaki itu mendakwa dia baru mendapat gaji mingguan dan ingin menyimpan wang berkenaan.

“Perbuatannya itu dilakukan ketika keadaan ekonomi di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kian meruncing,” kata sumber berkenaan. Pihak pentadbiran Palestin (PNA) menangguhkan pemberian gaji penjawat awam di Tebing Barat selama beberapa bulan kerana kekurangan dana akibat tindakan kerajaan Israel menyekat dana rakyat Palestin. – Sumber

Dr Fuh – Dr FUh pon tak faham apa yang dia dapat setelah menyiksa tikus tersebut. Hmmm. Kesian kan!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Kesian! Tikus Ini Disiksa Kejam Hanya Kerana Makan Duit”

  1. cavemen says:

    Author is an online researcher on ideal weight loss.
    You’ll get no arguments from me to go on the diet this good.

    These steps can provide you with a push in the right direction.
    Slowly phase in healthy meals and take out snacks and meals one by
    one. Now transitioning will using raw foods was almost instant and I understand that some people
    would prefer to transition slower which is fine.
    cavemen recently posted…cavemenMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge