Kesian ! Lelaki Di Kurung Dalam Kandang Kecil Selama 8 Tahun

Kesian ! Lelaki Di Kurung Dalam Kandang Kecil Selama 8 Tahun

Kesian ! Lelaki Di Kurung Dalam Kandang Kecil Selama 8 Tahun | Seorang lelaki pesakit sakit jiwa di sebelah selatan China telah dibebaskan, setelah selama lapan tahun terkunci di sebuah kandang.

Hong Zhengqu, telah menghabiskan masa selama satu dekad terakhir ini di dalam sebuah kandang berkarat berukuran tiga meter persegi di Wilayah Jinjiang, Wilayah Fujian, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Kamis (20/2).

Keadaan memilukan Hong akhirnya terungkap baru-baru ini apabila ibunya, yang selama ini merawat dia, telah meninggal.

Kesian ! Lelaki Di Kurung Dalam Kandang Kecil Selama 8 Tahun2

Keluarganya mengunci Hong di dalam kandang setelah dia didiagnosis dengan masalah psikologi yang teruk dan menjadi agresif. Pegawai kerajaan tempatan dan polis mengatakan Hong diselamatkan dari kandang oleh sekumpulan sukarelawan.

Selepas memotong kain membungkus sekitar pintu kandang, polis terpaksa menggunakan sebuah tukul besi untuk membuka kandang lantaran kuncinya telah berkarat.

Hong sekarang telah ditempat di sebuah rumah kebajikan, di mana dia akan dirawat.

Walaupun perilaku keluarga Hong mungkin dikatakan kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi tindakan seperti ini dikatakan biasa saja di luar bandar China, di mana ada beberapa kes, kebanyakan lelaki, dikunci di dalam kandang selama bertahun-tahun.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments