Kes Lelaki Mengamuk Tikam Mati 2 Orang Di Gombak

lelaki-mengamuk-di-gombak.jpg

Kes Lelaki Mengamuk Tikam Mati 2 Orang Di Gombak | Fuh!! Tergempar!! Terkejut Dr Fuh dengar berita ni petang semalam. Beberapa orang awam telah ditikam oleh seorang lelaki yang dipercayai sakit mental sehingga menyebabkan kematian 2 orang awam. Mengerikan! Ikuti berita penuh dibawah ini!

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang bersenjatakan pisau, mengamuk hingga menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah berhampiran stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati di sini hari ini.

Kejadian bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi apabila lelaki terbabit yang bekerja dengan sebuah syarikat rokok tiba-tiba mengamuk ketika menghantar rokok ke sebuah kedai berhampiran stesen LRT Gombak.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata lelaki itu menikam dua wanita, pemilik kedai berkenaan yang berusia 60 tahun dan pembantunya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun, menyebabkan kedua-dua mereka cedera parah.

Suspek kemudian meninggalkan tempat itu dengan vannya dan menuju ke Stesen Putra LRT Taman Melati, kira-kira tiga kilometer dari situ, apabila dia melanggar sebuah van lain sebelum menikam pemandunya Lee Kah Ghee, 40, dari Taman Segambut Indah, beberapa kali di bahagian dada. Lee meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek, yang disyaki polis mengalami masalah mental, kemudian terus mengamuk dengan menikam hingga mati seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun, yang cuba melarikan diri selepas keretanya dilanggar van yang dipandu lelaki berkenaan.

Menyedari lelaki itu bersenjatakan pisau, pelajar berkenaan segera keluar dari keretanya untuk melarikan diri, tetapi suspek menghalangnya dan menikamnya beberapa kali di Jalan Tumbuhan, hingga mati, kata Khairy.

Menurut beliau, orang ramai dapat memberkas lelaki terbabit, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor, serta merampas sebilah pisau daripadanya sebelum menghubungi polis.

Khairy berkata dua wanita yang cedera parah itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, manakala mayat dua lagi mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber Asal

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Kes Lelaki Mengamuk Tikam Mati 2 Orang Di Gombak”

  1. X habis satu, satu lg kes yg melibatkan nyawa manusia.. Malaysia semakin menakutkan .. 🙁
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. kucinghitam says:

    makin parah jer orang skrg mental xbetul ka apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge