Kes Culik 2 invdu Di Sabah Abu Sayyaf MintaTebusan RM11.5Juta

Kes Culik Sabah - Abu Sayyaf Minta Wang Tebusan RM11

Kes Culik 2 invdu Di Sabah Abu Sayyaf MintaTebusan RM11.5Juta | Polis Sabah setakat ini telah menahan 4 individu 3 lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan di Singamata Reef ResortSemporna.

Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima sebarang maklumat penting bagi merungkai kes penculikan tersebut.

Polis percaya, 7 lelaki bersenjata itu adalah anggota Abu Sayyaf yang melakukan kegiatan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan.

Penganalisis keselamatan. Prof Dr Aruna Gopinath, pakar dalam keselamatan maritim percaya kumpulan Abu Sayyaf akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juga (RM11.5 juta) bagi membebaskan pelancong warga China. Manakala, pekerja resort warga Filipina yang turut diculik juga akan mengenakan kadar yang rendah sekitar 3 juta pesos (RM219,000).

“Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada khamis berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut pegawai risikan Filipina itu, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

sumber : mStar

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments