Sadis!! Kes Budak 7 Tahun Didera Bapa Tiri Dengan Kejam

Kes-Budak-7-Tahun-Didera-Bapa-Tiri.jpg

Sadis!! Kes Budak 7 Tahun Didera Bapa Tiri Dengan Kejam

KUALA TERENGGANU – Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Kes Budak 7 Tahun Didera Bapa Tiri 2

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.

“Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek,” katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

Kes Budak 7 Tahun Didera Bapa Tiri 4

“Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine,” katanya. – Sinar Harian

————————————————————————–

Dr Fuh – Mashaa Allah! Bila manusia sudah hilang pertimbangan diri dan tidak berhati perut, semua benda mereka sanggup lakukan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Allahu Rabbi!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Sadis!! Kes Budak 7 Tahun Didera Bapa Tiri Dengan Kejam”

  1. Allahuakhbar…… kenapa la manusia ni zalim sgt? Kalau dah tahu x suka anak tu… jgn la kawen dgn mak dia… sedih tengok kes kes macam ni… T__T

    1. Ummar Farouk says:

      Ini bukan setakat x suka anak tu, dgn emaknya sekali dia dera…
      Ummar Farouk recently posted…Iktibar Daripada Tongkat Imam Syafi’iMy Profile

    2. kucinghitam says:

      sebab dia nak mak dia ja anak xmau tu jd mcm tu
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    1. kucinghitam says:

      teramat la kesian
      kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

  2. bila kepala hotak letak kat lutut… di fahamkan pasangan ni positif dadah ketika di tangkap
    Potia Casadelarossa recently posted…Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam BanduanMy Profile

    1. kucinghitam says:

      hmmm bertuhan kan dadah la tue
      kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

  3. rupa-rupanya si pelaku penagih dadah… so no surprise ==’

    1. kucinghitam says:

      yup tiada kejutan lagi
      kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

  4. dua dua dah kena reman

    1. kucinghitam says:

      xcukup reman tue aaa
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  5. kucinghitam says:

    mau kita dera balik dia tue bg dia rasa mcmana
    kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge